Melihat bayi buat kali pertama selalunya merupakan sesuatu yang menggembirakan dan penuh dengan kebanggaan dan keriangan. Namun, hakikatnya ia meletihkan mental dan emosi – ini termasuk tidur malam yang tidak mencukupi dan tangisan serta jeritan bayi untuk mendapatkan perhatian dan penjagaan.
Keadaan mungkin boleh menjadi lebih teruk dan anda mungkin mula berasa semakin sengsara jika ianya terjadi. Anda mungkin mudah berasa jengkel dan tekanan di pejabat mungkin menyebabkan anda kerap hilang sabar dengan isteri anda. Anda juga mungkin meminum lebih banyak alkohol atau menyisihkan diri daripada orang lain.
Satu fenomena yang semakin menjadi-jadi
Kesemua tanda-tanda tersebut merujuk kepada Kemurungan Postpartum Kebapaan (atau Post-Partum Depression, PPPD) yang berlaku dalam kalangan lelaki. Jurnal Persatuan Perubatan Amerika melaporkan bahawa kemurungan prenatal dan postpartum berlaku dalam anggaran 1 bagi setiap 10 lelaki dan angka ini meningkat tiga hingga enam bulan selepas kelahiran bayi.
Namun, tidak banyak diketahui mengenai kekerapan, faktor risiko, dan kesan kemurungan dalam kalangan lelaki yang baharu bergelar bapa. Umum berpendapat bahawa kaum bapa menghadapi peningkatan risiko terhadap kemurungan ketika postpartum dan juga ketika pasangannya sedang hamil.
Bagaimana untuk mengenalinya
Amnya, kebanyakan lelaki lebih cenderung untuk cuba menafikan kemurungan mereka.Ini selalunya menyebabkan simptom menjadi lebih teruk. Orang yang paling baik untuk mengesan sebarang perubahan tingkahlaku ialah pasangannya dan antara perkara utama yang perlu diperhatikan adalah:
Simptom Biasa Kemurungan
- Murung, persaan sedih
- Hilang minat atau hilang rasa gembira
- Peningkatan atau penurunan berat badan yang ketara
- Sukar untuk tidur atau lewat bangun tidur
- Keresahan (tidak boleh duduk diam)
- Kurang tumpuan, sukar membuat keputusan
- Perasaan tidak dihar gai atau bersalah
- Kelesuan, tidak bertenaga, atau sentiasa letih
- Sentiasa berfikir mengenai kematian atau membunuh diri
Ingatlah, anda tidak perlu mengalami kesemua simptom tersebut untuk menjadi murung. Yang penting adalah tahap keterukan simptom-simptom dan bukannya bilangan simptom yang ditunjukkan. Ingatlah bahawa kemurungan merupakan masalah yang boleh dirawat. Tiada sebab mengapa anda harus terus menderita kerananya. Walaupun kemurungan postpartum dalam lelaki adalah serius (dan dalam kes yang lebih teruk, boleh mengancam nyawa), anda boleh pulih daripadanya.
Bagaimana anda boleh mengatasinya
Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini:
- Salah satu perkara paling penting adalah memastikan anda tidak mengabaikan diri sendiri. Walaupun menjaga bayi adalah penting, kebajikan dan kesihatan diri sendiri tidak harus diabaikan. Pastikan anda mendapat rehat secukupnya, makan secara sihat, dan yakin pada diri anda sebagai seorang bapa.
- Sentiasa ingat bahawa pasangan anda ialah rakan kongsi anda. Kongsi perasaan anda bersamanya dan bukan berusaha menyembunyikannya. Tidak kira sama ada dia boleh berbuat sesuatu atau tidak, berkongsi perasaan membolehkan anda menyuarakan emosi dan fikiran anda. Adakalanya, itu sahaja yang diperlukan untuk meringankan beban anda!
Anda tidak bersendirian!
ditangani, bukan diketepikan atau diabaikan. Pastikan anda mendapatkan bantuan – anda boleh berjumpa doktor atau pakar psikologi yang boleh memberi panduan untuk mengatasinya. Selain daripada bantuan perubatan/profesional, anda juga boleh bercakap dan meluahkan perasaan dengan keluarga dan rakan-rakan. Ingat, langkah pertama adalah mengakui bahawa anda mengalami kemurungan postpartum kebapaan. ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian.
Ia akan memerlukan keberanian, keazaman, dan keinginan untuk mengatasi kemurungan postpartum kebapaan – cara terbaik adalah dengan mengambil tindakan positif seperti mendapat nasihat perubatan/profesional atau hadapinya dengan berani. Jangan berlengah jika anda fikir anda mungkin mempunyai sebarang perasaan negatif terhadap diri sendiri atau bayi anda. Jangan menderita lebih lama daripada yang sepatutnya, dapatkan bantuan sekarang.
Dengan kerjasama Persatuan Psikiatri Malaysia.
Komen