Bahan-bahan:
(Hidangan untuk 2 orang)
- 60 g (1/4 cawan) dada ayam, dimasak, dibuang tulang
dan kulit - 90 g (1 biji) ubi kentang, dikupas dan dipotong dadu
- 20 g (2 sudu makan) lobak merah, dipotong dadu
- 30 g (2 sudu makan) jagung manis
- 125 ml (1/2 cawan) stok ayam
- 30 ml (2 sudu makan) susu ibu
- 10 g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang
Cara Memasak:
- Rebus bawang besar dengan stok ayam di dalam periuk.
- Masukkan ubi kentang. Tutup dan renehkan selama 15
minit sehingga ubi kentang menjadi lembut. - Masukkan jagung dan masak lagi selama 2-3 minit.
- Akhirnya masukkan ayam dan rebus sehingga masak.
- Kisar campuran sehingga menjadi kasar.
- Masukkan susu ibu dan hidang.
Cadangan:
- Anda boleh melenyek dengan belakang sudu semasa memberi anak anda makan.
- SHidang bersama nasi lembik.
Kandungan Nutrient Setiap Satu Hidangan
Kalori | 90 kcal |
Karbohidrat | 10.6 g |
Protein | 7.6 g |
Lemak | 1.9 g |
Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia
Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Untuk Si Kecil Anda” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Komen