Bahan-bahan:
(Hidangan untuk 2 orang)
- 100 g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit,
bijinya dan dipotong menjadi saiz sederhana - 250 ml (1 cawan) air
Cara Memasak:
- Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
- Masukkan buah epal ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
- Lenyek epal dengan menggunakan garfu sehingga menjadi puri.
Cadangan:
- Hidang bersama susu ibu.
- Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.
Kandungan Nutrient Setiap Satu Hidangan:
Kalori | 28 kcal |
Karbohidrat | 6.5 g |
Protein | 0.1 g |
Lemak | 0.2 g |
Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia
Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Untuk Si Kecil Anda” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Komen