Pengasuhan Positif

Keadaan Kanak-kanak di Malaysia

Kebanyakan kanak-kanak di Malaysia kini menikmati kehidupan yang lebih mudah dan menyeronokkan dari apa yang pernah dilalui ibubapa mereka. Kehidupan mereka dipenuhi banyak pilihan untuk makanan, permainan, hiburan dan sekolah. Dari segi kesihatan, mereka juga lebih beruntung. Bilangan kanak-kanak yang sakit dan menunggu ajal telah menurun dengan pertambahan dekad, semuanya disebabkan oleh peningkatan dalam sistem rawatan kesihatan di negara kita. Tetapi, adakah ini bermakna anak-anak kita sedang melalui zaman kanak-kanak yang ideal? Atau adakah kita, sebagai masyarakat dan ibubapa, perlu melakukan sesuatu yang lebih untuk mereka?

Sejujurnya, kita perlu. Menurut Dr Soo Thian Lian, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), kebanyakan para ibubapa berfikiran sempit tentang kesihatan. Beliau berkata: “Mereka fikir jika seorang kanak-kanak itu tidak sakit bermakna dia sihat. Sebagai pakar kanak-kanak, kami memilih untuk mengambil pendekatan yang lebih holistik tentang kanak-kanak dari sudut kesihatan dan kesejahteraan.”

“Inilah sebabnya mengapa MPA sangat prihatin untuk melakukan lebih dari sekadar merawat dan memulihkan kanak-kanak yang sakit. Kami sangat bersungguh dalam mencapai optimisasi kesihatan dengan mempromosi pencegahan kecederaan, gangguan kesihatan dan penyakit yang boleh membawa kematian atau trauma yang berpotensi menjejaskan kehidupan kanak-kanak. Satu lagi langkah yang sama penting adalah untuk menggalakkan perkembangan yang seimbang – dari segi intelektual, sosial dan emosi.”

Untuk mencapai matlamat ini, MPA memperkenalkan Positive Parenting pada tahun 2000. Dr Soo berkata: “Program ini bertujuan untuk menyediakan informasi, pengetahuan dan nasihat dari pakar kepada ibubapa untuk membantu mereka memberikan penjagaan optimum kepada anak-anak mereka.”

Untuk artikel penuh, sila download PDF di bawah:

Download PDF

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen