Pengasuhan Positif

Pemeriksaan Rutin Bayi

Pemeriksaan Rutin Bayi

Oleh Dr Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik

Pemeriksaan kesihatan adalah satu keperluan untuk kita; bayi juga tiada bezanya. Malah, pada tahun pertama bayi, dia perlu menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan. Ambil peluang sepenuhnya dari setiap lawatan ini untuk mengetahui apa yang patut anda jangkakan dan apa yang boleh dilakukan.

Kenapa bayi perlu menjalani pemeriksaan kesihatan?

  • Kesihatan, tumbesaran dan perkembangan bayi dapat dipantau selalu.
  • Doktor boleh memberikan nasihat tentang cara penjagaan bayi yang bersesuaian dengan umur bayi.
  • Doktor boleh mengesan sebarang masalah kesihatan yang mungkin anda tidak sedari.
  • Bayi boleh menerima suntikan vaksin yang diperlukannya untuk sentiasa sihat dan selamat dari penyakit-penyakit berbahaya.
  • Doktor boleh membantu mengatasi kebimbangan anda berkenaan kesihatan bayi anda.
  • Anda boleh meluahkan segala perkara yang membimbangkan mengenai bayi, tidak kira betapa kecil.

Sekerap mana bayi anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan?

Bahagian yang digelapkan dalam carta di atas menunjukkan masa-masa anda perlu bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan dalam tahun pertama. Namun begitu, sekiranya bayi anda sakit, anda perlu segera membawanya berjumpa doktor – jangan tunggu hingga pemeriksaan kesihatan seterusnya sekiranya bayi anda memerlukan pemerhatian kesihatan sekarang!

Pemeriksaan kesihatan pertama

Anda dan bayi anda mungkin pertama kali berjumpa dengan pakar pediatrik semasa anda membawanya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pertama. Sentiasa tenang dan anggap pakar pediatrik tersebut sebagai seorang rakan yang akan membantu anda menjaga kesihatan bayi selama zaman kanak-kanaknya.

Doktor akan mengukur berat dan ketinggian bayi (lihat bawah) dan bertanya kepada anda beberapa soalan tentang kesihatan dan tingkah laku bayi. Jawab dengan jujur dan suarakan kebimbangan anda sekiranya ada. Bertanyakan soalan bukanlah bermaksud anda bodoh atau ibu bapa yang tidak prihatin! Berikut merupakan beberapa soalan yang mungkin ditanya oleh doktor berkenaan bayi anda:

These are some of the questions the doctor may ask you about baby:

  • Apakah susu yang diberi dan kekerapannya?
  • Kekerapan bayi anda membuang air kecil dan besar?
  • Bolehkah bayi anda angkat kepalanya sedikit?
  • Adakah bayi anda boleh menfokus objek yang berada 8-12 inci jauh darinya?
  • Adakah bayi anda memberi tindak balas terhadap bunyi yang kuat atau secara tiba-tiba?
  • Adakah bayi anda memberi tindak balas terhadap cahaya terang atau pancaran cahaya secara sepintas lalu?

Apa yang berlaku semasa pemeriksaan bayi?

  • Doktor akan mengukur berat, kepanjangan badan dan ukuran lilitan kepala bayi. Ketiga-tiga ukuran ini akan digabungkan untuk mendapat gambaran sepenuhnya sama ada bayi anda membesar dalam kadar yang normal. Disebabkan julat yang agak besar, anda tidak perlu khuatir sekiranya bayi anda agak ringan atau kecil jika dibandingkan dengan umurnya. Sekiranya doktor mengatakan bahawa bayi anda sihat dan membesar dengan baik, itu sudah memadai.
  • Doktor akan bertanya berkenaan kesihatan dan tingkah laku bayi.
  • Semakin bayi membesar, doktor akan menjalankan beberapa pemeriksaan ringkas untuk memantau perubahan perkembangannya. Jangan panik sekiranya bayi
  • anda tidak mampu melakukan perkara dimahukan oleh doctor. Kanak-kanak membesar dengan caranya sendiri, dan anak anda mungkin berkembang dengan lebih cepat atau perlahan jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seumurnya dengannya.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen