Pengasuhan Positif

Tauhu Ayam Bakar

Bahan-bahan:

Untuk 8 hidangan (1/2 tofu setiap hidangan)

4 keping tofu (380 g) – digoreng dengan sedikit minyak dan dikeringkan
1 cawan (280 g) dada ayam (dicincang)
2 sudu besar (30 g) lobak merah diparut
1 bawang saiz sederhana (50 g) (dicincang halus)
1 ulas (3 g) bawang putih (dicincang halus)
14 sudu kecil (6 g) gula
12 sudu kecil garam
14 sudu kecil lada putih
2 titis kicap
1 sudu kecil (3 g) tepung

Cara memasak:

  1. Potong setiap tofu menjadi dua keping berbentuk segitiga dan hiris untuk mendapatkan poket.
  2. Campurkan bawang putih, bawang merah, lobak merah dan kicap bersama daging ayam.
  3. Tambahkan garam, lada putih, gula dan tepung kepada campuran daging ayam. Gaul hingga sebati.
  4. Kemudian, penuhkan poket tofu dengan campuran ayam.
  5. Bakar tofu pada suhu 190°C selama 15 – 20 minit.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan

Kalori : 99 kcal
Lemak : 4.5 g
Protein : 11 g
Kalsium : 84 mg
Zat Besi : 2.4 mg

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen