Bahan-bahan:
(Hidangan untuk 3 orang)
- 80g (1⁄2 cawan) tepung gandum
- 15g bawang besar – dicincang
- 20g (4 ekor) udang bersaiz sederhana – dicincang
- 25g (1⁄2 biji) telur – dipukul sedikit
- 15g kacang buncis – dicincang
- 15g lobak merah – dicincang
- 1⁄2 cawan air
- 1⁄4 sudu kecil garam atau kurang
- 2.5ml (1⁄2 sudu kecil) minyak
Cara Memasak:
- Campur semua bahan-bahan (kecuali air dan telur).
- Masukkan telur ke dalam campuran bahan-bahan kering tadi.
- Tambah air dan gaul hingga sebati.
- Panaskan kuali ‘non-stick’ yang leper.
- Tuangkan 1⁄4 cawan adunan ke dalam kuali untuk menghasilkan sebiji lempeng.
- Masak kedua-dua belah sehingga keperang-perangan.
Kandungan Nutrien Setiap Hidangan
Kalori | : 124 kcal |
Kalsium | : 45 mg |
Protein | : 6 g |
Zat Besi | : 1.2 mg |
Lemak | : 2.2 g |
Komen