Bahan-bahan:
(Hidangan untuk 5 orang)
- 1 biji kentang
- 2 keping hirisan telur rebus
- 1 sudu besar susu cecair (UHT)
- 1 biji tomato ceri
- 1⁄2 sudu kecil marjerin
- 1 biji kacang pis
- 1⁄2 batang lobak merah, diparut
Cara Memasak:
- Rebus kentang bersama kulit sehingga empuk. Kupaskan kulit dan letakkan kentang di dalam mangkuk, tambahkan susu dan marjerin, kemudian lecek sehingga sebati.
- Letakkan kentang yang dilecek dalam sebuah acuan di atas pinggan. Susunkan lobak merah di bahagian atas sebagai ‘rambut’, telur sebagai ‘mata’, tomato sebagai ‘hidung’ dan kacang pis sebagai ‘mulut’. Hidangkan serta-merta.
Kandungan Nutrien Setiap Hidangan
Kalori | : 222 kcal |
Kalsium | : 38 mg |
Protein | : 7.4 g |
Zat Besi | : 1.4 mg |
Lemak | : 5.0 g |
Komen