Pengasuhan Positif

Pizza Roti Lebanon

Ramuan

4 x keping (20 cm diameter) roti Lebanon mil penuh
1 x 450 g hirisan nanas dalam tin, ditos
160 ml (23 cawan) sos pasta tomato
1 bawang merah, dipotong dua dan dihiris halus
240 g (112 cawan) ham ayam tanpa lemak yang dipotong
100 g (1 cawan) keju Mozarela kurang lemak, diparut kasar
2 sudu besar daun ketumbar, dipotong kasar

Cara Menyediakan

  1. Panaskan gril pada suhu yang tinggi. Letakkan sekeping roti di atas dulang pembakar dan grilkan sebelah bahagian roti selama 3 minit atau hingga bakar dan rangup. Ulangi untuk roti-roti yang lain.
  2. Sementara itu, potong setiap hirisan nanas kepada 12 keping. Sapukan sos pasta di atas setiap permukaan roti yang tidak dibakar.
  3. Taburkan bawang, ham, nanas, keju Mozarela dengan rata di atas permukaan pizza. Jarakkan dulang pembakar daripada sumber haba sejauh lebih kurang 12 cm. Grilkan 1 pizza selama 5 minit atau sehingga pizza berwarna keperangan. Pindahkan pizza ke atas pinggan hidang dan tutup dengan kerajang aluminium supaya kekal panas. Ulangi untuk roti-roti pizza lain.
  4. Taburkan daun ketumbar di atas pizza dan potong pizza kepada empat bahagian. Hidangkan.

Kandungan nutrien setiap hidangan

Kalori : 201 kcal
Karbohidrat : 25.1 g
Protein : 9.2 g
Lemak : 7.1 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen