Bahan-bahan:
(Hidangan untuk 5 orang)
- 3 biji telur
- 250 g (1 cawan) daging ayam yang dimasak dan dicincang
- 125 ml (½ cawan) susu
- 60 g (½ cawan) keju Mozzarella, diparut
- 30 g (½) lada benggala merah, dihiris nipis
- 30 g (½ cawan) bawang besar, dicincang
- 30 ml (2 sudu makan) minyak sayuran
- 30 g (½ cawan) bayam, dicincang
- Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara memasak:
- Tumiskan lada benggala dan bawang besar di dalam kuali sehingga lembut.
- Di dalam mangkuk, pukul telur dan susu. Masukkan ayam, bayam, keju Mozzarella, serta garam dan lada sulah.
- Tuangkan campuran ke dalam kuali. Tutup dan biarkan masak dengan api sederhana selama 7-10 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Potong kepada beberapa bahagian dan hidangkan bersama roti bakar.
Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan
Kalori | 180 kcal |
Karbohidrat | 1.4 g |
Protein | 16.2 g |
Lemak | 12.2 g |
Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.
Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Komen