Semua ibu mengandung mahu melahirkan anak yang sihat dengan selamat. Pemakanan yang baik sebelum, semasa dan selepas mengandung adalah penting untuk mencapai matlamat ini.
Pengambilan makanan yang betul semasa mengandung amat penting untuk memastikan anda dan bayi dalam kandungan anda mendapat segala nutrien yang secukupnya untuk membesar. Pemakanan yang baik boleh melancarkan proses kehamilan dan menambah keselesaan dengan membantu mengurangkan masalah seperti loya, pedih hulu hati dan sembelit.
Apakah yang dimaksudkan dengan pemakanan yang baik? Pemakanan yang baik adalah diet yang pelbagai dan seimbang menurut Piramid Panduan Makanan. Ia patut diamalkan tanpa mengira sama ada anda mengandung ataupun tidak.
Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda hamil, tubuh badan anda melalui perubahan yang menakjubkan dan keperluan pemakanan anda meningkat dengan mendadak.
Anda boleh memenuhi kebanyakan daripada keperluan ini bukan dengan menggandakan (atau menambah tiga kali ganda) jumlah makanan yang anda makan tetapi dengan terus mengikut Piramid Panduan Makanan dan memilih makanan yang berkhasiat dan kaya dengan nutrien. Di bawah adalah senarai makanan yang perlu diutamakan oleh ibu mengandung:
Bijirin kaya dengan karbohidrat yang memberi tenaga kepada badan anda untuk mengharungi proses kehamilan. Banyak produk bijirin penuh yang diperkaya dan diperkuat juga mengandungi serat, zat besi, vitamin B, zat galian dan protein.
Buah & sayuran kaya dengan vitamin, zat galian dan serat. Sebatian larut lemak berpigmen (merah, oren, kuning) yang dinamakan karotenoid terdapat secara semulajadi dalam pelbagai buahbuahan berwarna kuning, oren dan merah, dan sayuran hijau gelap.
Daging, ayam, ikan, telur & kacang mengandungi banyak protein, vitamin B dan zat besi. Protein penting untuk pertumbuhan bayi anda yang belum lahir, terutama sekali sepanjang trimester kedua dan ketiga.
Produk susu mengandungi kalsium, yang membantu membina tulang dan gigi bayi anda. Ia juga mengandungi vitamin A, vitamin D dan protein.
Pengambilan zat besi tambahan digalakkan kerana diet biasa kebanyakan ibu mengandung tidak dapat memenuhi keperluan yang meningkat bagi zat besi. Asid folik tambahan juga amat penting untuk mencegah daripada keabnormalan janin atau bayi.
Khasiat Kebaikan Minyak Sawit Merah
Beta-karotena, vitamin A dan vitamin E dalam hanya satu sudu besar melebihi sukatan harian yang disyorkan! Apa yang dikatakan minyak sawit merah dan bagaimana ia memberi manfaat kepada anda dan bayi dalam kandungan anda?
Minyak sawit diperolehi daripada buah kelapa sawit. Dalam bentuk asalnya, minyak sawit berwarna merah disebabkan kandungan beta-karotena (sebatian yang serupa dengan yang terdapat dalam buah tomato) yang tinggi. Ia bertukar kepada warna kuning apabila melalui proses didih, yang memusnahkan karotenoid dan warnanya.
BAIK UNTUK ANDA & BAYI DALAM KANDUNGAN ANDA
Minyak sawit merah sangat baik untuk anda dan bayi dalam kandungan anda. Tahukah anda bahawa kandungan karotena adalah 15 kali ganda lebih banyak daripada lobak merah dan 50 kali ganda berbanding tomato? Karotena membantu mengekalkan pertumbuhan dan keutuhan sel dan fungsi imun dalam badan. Dengan lain perkataan, ia memastikan kulit anda sentiasa cantik dan membantu mencegah jangkitan!
Minyak sawit merah adalah sumber semulajadi yang paling kaya dengan tokoferol dan tokotrienol, anti pengoksida dalam keluarga vitamin E. Antioksidan ini membantu menentang penyakit jantung, menurunkan tahap kolesterol jahat, meneutralkan radikal bebas dan juga mencegah kanser.
Dengan menambah minyak sawit merah yang kaya dengan omega-3 dan -6 asid lemak ke dalam diet, anda membantu mengurangkan risiko sakit jantung, menurunkan tahap trigliserida, menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah dan meningkatkan fungsi imun. Ia juga merangsangkan pertumbuhan otak janin.
100% ASLI, 100% SELAMAT
Minyak sawit merah tidak mengandungi kolesterol, minyak trans dan minyak yang diubah secara genetik. Disebabkan keasliannya, ia tidak memerlukan proses penghidrogenan, yang menghasilkan asid lemak trans.
Anda seharusnya terus menjaga diet anda selepas bayi lahir kerana anda perlu menyusukan si manja dan kualiti susu anda ditentukan oleh apa yang anda makan! Jadi, teruskan amalan diet yang sihat. Pilih makanan dengan bijak dan utamakan makanan yang kaya nutrien kerana ia penting untuk anda dan bayi anda yang baru lahir.
Komen