Pengasuhan Positif

Katakan Tidak! kepada Alat Tatih (Baby Walker)

Alat tatih tidak memberi sebarang kebaikan kepada perkembangan kanak-kanak. Bayi memerlukan peluang untuk membina dan mengembangkan otot-otot mereka dengan aktiviti yang melibatkan tindakan berdiri, meniarap dan merangkak, yang tidak boleh dilakukan dengan alat tatih (ia sebenarnya melambatkan perkembangan berjalan mereka). Lebih teruk lagi, alat tatih berbahaya dan menjadi salah satu sebab kecederaan bayi.

Satu kajian yang dijalankan berkenaan kejadian melibatkan alat tatih di Timur Tengah mendapati purata risiko adalah:

Kejadian yang direkodkan termasuk melanggar objek, terbalik, dan jatuh ke dalam kolam renang dan dari tangga. Kejadian ini dicatat dalam setiap keluarga yang ditinjau dan lebih kurang 49% daripada tinjauan melibatkan kecederaan.

Tahukah anda?

Alat tatih telah diharamkan di Kanada sejak April 2004, akibat bilangan kes kecederaan yang tinggi. Akademi Pediatrik Amerika (AAP) bergerak aktif menyeru agar alat tatih diharamkan.

Potensi kecederaan

  • Terlanggar dapur panas, alat pemanas, jatuh ke dalam kolam. Luka bakar, melecur, lemas
  • Mencapai/ mengambil/ menarik objek di meja/ rak (cth. Permukaan dapur, alas meja, kabel elektrik dan kabel perkakas, minuman panas, pisau dapur). Kecederaan kepala/leher akibat objek terjatuh, luka, terdedah kepada bahan berbahaya (bahan pencuci atau racun)
  • Jatuh/tergolek di tangga. Kecederaan kepala/leher akibat jatu

 

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen