Bahan-bahan
(Cadangan saiz hidangan: 4)
- 240 g (4 saiz besar) tomato
- 70 g (1 cawan) cendawan butang
- 132 g (1 tin kecil) kacang
- 132 g (1 tin kecil) kacang kuda
- 10 g (2 ulas) bawang putih
- 10 g (1 keping) halia
- 10 ml (2 sudu teh) minyak
- Secubit garam dan lada
Penyediaan
- Kupas halia dengan menggunakan pengupas dan hiris sehingga nipis.
- Potong bawang putih dan cendawan sehingga halus.
- Untuk menyediakan tomato sumbat, potang 1/3 bahagian atas tomato dan buangkan benih di dalam tomato dengan menggunakan sudu.
Cara Masak
- Tumis bawang putih dan halia dengan minyak dalam kuali leper sehingga wangi. Kemudian, tambah cendawan, kacang dan kacang kuda.
- Tambah secubit garam dan lada.
- Masukkan cendawan, kacang dan kacang kuda ke dalam tomato dengan menggunakan sudu.
- Hidangkan tomato sumbat di atas pinggan.
Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:
Kalori | 125 kcal |
Karbohidrat | 16.8 g |
Protein | 6.0 g |
Lemak | 3.7 g |
Resipi adalah sumbangan dan terjemahan daripada “Junior Chef Cookbook, Vol 1: Let’s Play Healthy Cooking” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 35 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Dengan Kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.
Komen