Pengasuhan Positif

Kenapa Kanak-kanak Kecil Kerap Sakit?

Sebagai ibu bapa, anda pasti perasan yang anak-anak anda biasanya lebih kerap sakit semasa mereka lebih kecil. Pada masa yang sama, kanak-kanak nampaknya kurang dijangkiti COVID-19 semasa di awal pandemik dahulu. Bagaimanakah ini boleh dijelaskan?

Kanak-kanak dan penyakit

Normal bagi kanak-kanak kecil seperti kanak-kanak petatih dan tadika untuk sakit sehingga 8-12 kali setahun. Sebagai perbandingan, kanak-kanak sekolah mungkin sakit 5-6 kali setahun, manakala remaja dan orang dewasa pula 2-3 kali setahun. Kanak-kanak kecil lebih mudah mendapat jangkitan kerana sistem imun mereka masih belum matang dan sedang berkembang, terutamanya sistem imun boleh suai.

 

Apabila kanak-kanak mula pergi ke pusat jagaan atau tadika, mereka juga terdedah kepada kuman baru. Tambahan lagi, jangkitan lebih mudah tersebar di tempat-tempat sebegini kerana kanak-kanak berada berdekatan dengan satu sama lain dan mereka masih belum terbiasa dengan adab batuk/bersin yang sepatutnya. Tabiat mereka yang suka menyentuh muka dan meletakkan jari dalam mulut juga antara faktor lain. Selain itu, bayi juga boleh dijangkiti apabila abang atau kakak mereka membawa pulang kuman daripada sekolah ke rumah.

 

Namun, sistem imun semula jadi kanak-kanak yang lebih responsif juga mungkin antara sebab kanak-kanak kurang dijangkiti COVID-19. Sistem imun semula jadi kanak-kanak lebih bagus dan pantas apabila bertindak balas terhadap ancaman baru seperti COVID-19 sebelum virus itu menyerang bahagian tubuh yang lain. Sebaliknya, orang dewasa mempunyai sistem imun boleh suai yang lebih dominan dan sistem imun semula jadi yang kurang responsif, jadi tubuh mereka mungkin mengambil lebih masa untuk melawan virus baru.

 

Memastikan si kecil anda sihat

Jika anak anda akan memulakan atau kembali ke sekolah tahun ini, anda mungkin risau tentang kesihatan dan imunitinya dalam melawan kuman dan penyakit di luar sana. Tiada formula mudah untuk meningkatkan imuniti anak anda, tapi berikut beberapa perkara penting:

Kanak-kanak kecil kerap sakit kerana sistem imun mereka masih berkembang. Namun, jika anda mempunyai kerisauan atau mengesyaki ada masalah kesihatan yang tersembunyi, sila dapatkan nasihat doktor. Dan ambil langkah-langkah ini bagi membantu meningkatkan imuniti anak anda dan menjaga kesihatannya.

 

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen