Pengasuhan Positif

Peningkatan Jangkitan Kanak-kanak Selepas Pandemik

Tahun lepas, beberapa wabak menunjukkan peningkatan kes, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, setelah sekatan COVID-19 dilonggarkan. Kenapa ini berlaku dan bagaimana saya boleh melindungi anak saya?

Wabak jangkitan tempatan seperti influenza, RSV (respiratory syncytial virus) dan HFMD (penyakit tangan, kaki dan mulut) telah dilaporkan di seluruh Malaysia selepas arahan sekatan pergerakan ditarik balik. Contohnya, tahun lepas pada bulan Mei, bilangan kes HFMD meningkat 12.8 kali ganda berbanding tahun-tahun lalu.

Ini merupakan satu peringatan penting buat ibu bapa. Walaupun setelah melalui pandemik COVID-19, ibu bapa masih perlu berjaga-jaga kerana kita belum selamat sepenuhnya. Namun, bagaimana kita boleh menjelaskan fenomena yang merisaukan ini?

Teori ‘Jurang Imuniti’

Peningkatan jangkitan kanak-kanak selepas sekatan COVID-19 bukan sahaja dialami di Malaysia, malah di seluruh dunia. Antara penjelasan bagi peningkatan ini digelar teori ‘Jurang Imuniti’.

Sebelum pandemik melanda, kanak-kanak kecil boleh pergi ke luar dan terdedah kepada pelbagai jangkitan. Ini membolehkan mereka membina imuniti terhadap patogen. Pandemik memaksa kanak-kanak berkurung dalam rumah; tanpa pendedahan semulajadi yang mencukupi terhadap patogen, kanak-kanak kecil ini tidak dapat membina imuniti pada tahap yang sama, lalu menyebabkan terjadinya ‘jurang imuniti’.

Kini, setelah keadaan kembali normal, kanak-kanak kecil ini dibenarkan ke luar rumah dan mula terdedah kepada pelbagai patogen. Ini mungkin boleh menjelaskan peningkatan jangkitan selepas sekatan pergerakan.

Jangkitan yang perlu diberi perhatian

Langkah untuk melindungi si kecil daripada jangkitan

Jaga kebersihan peribadi

Kita boleh mencegah jangkitan dengan memastikan kebersihan peribadi yang baik. Ini termasuklah membasuh tangan secara kerap, menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol, serta menyahjangkit permukaan yang kerap disentuh di rumah (cth: suis lampu, kaunter dapur, tombol pintu, dll.).

Amalkan langkah pencegahan am

Langkah pencegahan yang diguna pakai semasa pandemik COVID-19 tidak hanya terhad untuk mencegah COVID-19. Malah, jangkitan lain juga boleh dicegah dengan mengelakkan berada dekat dengan orang sakit, menutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk, memakai pelitup muka di tempat sesak, dll.

Pastikan vaksinasi lengkap

Bagi kebanyakan jangkitan yang disebut di atas, vaksin belum tersedia atau masih dalam kajian. Namun, vaksin influenza sudah boleh didapati oleh orang awam, oleh itu anda perlu memastikan anak anda divaksin. Vaksinasi influenza secara tahunan boleh mengurangkan risiko anak anda dijangkiti influenza yang teruk dan boleh diberi kepada kanak-kanak seawal usia 6 bulan. Malah, wanita hamil juga boleh mendapatkan vaksin ini untuk memberikan perlindungan pasif kepada bayi mereka sebaik saja selepas lahir.

Walaupun hidup kita telah perlahan-lahan kembali normal, ibu bapa masih perlu berhati-hati dengan peningkatan jangkitan kanak-kanak pascapandemik. Dapatkan berita dan perkembangan terkini berkenaan apa-apa wabak dan rujuk pakar perubatan profesional untuk mengetahui lebih lanjut tentang vaksinasi dan langkah-langkah pencegahan lain.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen