Pengasuhan Positif

Kepentingan Postur Yang Baik Bagi Kanak-Kanak

Ibu bapa sering memarahi anak-anak kerana membongkok. Dan mereka memang patut ditegur. Ini kerana postur yang buruk boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Postur baik vs postur buruk

Memastikan anak anda menggunakan postur yang betul penting kerana postur yang buruk boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Postur buruk ialah punca:

  • Tekanan tidak normal ke atas permukaan sendi, yang boleh menyebabkan penyakit sendi dan tulang seperti artritis.
  • Kesalahpadanan sistem rangka otot (postur tidak betul), sakit dan kejang otot leher/belakang, cedera lewah guna (overuse injuries) dan tekanan saraf.
  • Masalah pencernaan dan pernafasan tersekat (boleh menyebabkan masalah pernafasan).

Sebaliknya, postur baik boleh:

  • Memadankan tulang dan sendi, agar otot boleh berfungsi dengan baik.
  • Mengurangkan kerosakan tidak normal pada permukaan sendi, serta tekanan berlebihan pada ligamen. Juga mengurangkan sakit belakang, leher dan bahu.
  • Mengekalkan pengaliran darah, pencernaan dan pernafasan yang baik.

Langkah memupuk tabiat postur baik dalam kanak-kanak

  • Gunakan perabot dengan saiz bersesuaian. Perabot perlu sepadan dengan saiz dan tinggi anak anda. Apabila kanak-kanak duduk dengan punggung merapati belakang kerusi, kakinya perlu boleh menyentuh lantai, dan penyandar kerusi perlu memberi sokongan secukupnya pada bahagian bawah belakang dan tulang belikat.

 

  • Gunakan beg galas yang padan. Beg galas perlu padan dengan anak anda. Barang-barang yang berat perlu diletakkan dekat dengan tubuhnya. Pastikan beg tidak terlalu berat.
  • Galakkan kegiatan fizikal. Pastikan anak anda bergerak aktif sepanjang hari (cth: menyertai sukan, berjalan di taman, bermain di luar, dll.). Berenang juga terbukti boleh menguatkan otot teras dan menggalakkan postur yang baik.
  • Hadkan kegiatan sedentari. Jangan selalu duduk terlalu lama. Jika perlu, gunakan posisi berbeza (cth: berdiri, meniarap, dll.) semasa kegiatan ini.
  • Galakkan rehat yang aktif. Semasa melakukan kegiatan yang memerlukan anak anda duduk lama (cth: kerja rumah, menonton televisyen, dll.), galakkan dia berehat dengan cara pergi berjalan, bergerak atau meregangkan tubuh.

Rawatan kiropraktik: Apa yang ibu bapa perlu tahu

Di Malaysia, kiropraktik dianggap sebahagian daripada perubatan tradisional dan komplementari. Beberapa kajian memperakui ia boleh digunakan sebagai rawatan komplementari bagi sesetengah masalah. Namun, bukti yang ada masih terhad. Rujuk doktor keluarga anda sebelum mendapatkan rawatan kiropraktik untuk anak anda.

Postur boleh mempengaruhi kesihatan dan perkembangan anak anda. Oleh itu, pupuklah tabiat ini sejak awal agar anak anda mempunyai postur yang baik.

 

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen