Pengasuhan Positif

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Trauma Kanak-Kanak

Sepanjang pandemik ini, ramai yang telah kehilangan keluarga dan rakan. Malah, terdapat sebilangan kanak-kanak yang menjadi yatim selepas kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibu bapa. Mengalami tragedi seperti ini atau menyaksikan kejadian kritikal boleh meninggalkan kesan psikologi yang buruk ke atas kanak-kanak. Bagaimana kita boleh membantu mereka?

Apa itu trauma kanak-kanak?

Trauma kanak-kanak berlaku apabila kanak-kanak mengalami atau menyaksikan kejadian yang dianggap boleh menyebabkan kecederaan, kematian atau mengancam integriti fizikal diri atau orang lain, dan juga menyebabkan ketakutan, kegerunan atau ketidakupayaan semasa ia terjadi. Kejadian ini boleh dirujuk sebagai pengalaman buruk kanak-kanak (adverse childhood experiences, ACE). Kematian orang tersayang atau dimasukkan ke hospital kerana pandemik juga termasuk dalam ACE.

Kemungkinan punca trauma kanak-kanak:

  • Penderaan seksual
  • Penderaan fizikal
  • Keganasan rumah tangga
  • Keganasan di komuniti dan sekolah
  • Trauma perubatan atau penyakit
  • Kemalangan jalan raya
  • Kegiatan pengganas
  • Pengalaman perang
  • Bencana semulajadi dan buatan manusia
  • Bunuh diri
  • Trauma kehilangan yang lain

Perhatikan tanda-tanda ini dalam kanak-kanak:

  • Munculnya ketakutan yang baru
  • Keresahan pemisahan (terutamanya kanak-kanak kecil)
  • Kesukaran dan gangguan tidur
  • Sedih berpanjangan dan luar biasa
  • Hilang minat dalam kegiatan biasa
  • Kurang tumpuan
  • Kejatuhan prestasi kerja sekolah
  • Mudah marah
  • Badan tidak selesa (sakit kepala, sakit perut)
  • Mudah meragam

Bagaimana kita boleh membantu?

Sokongan sosial daripada keluarga/penjaga

  • Galakkan anak tersebut meluahkan perasaannya dan akui emosinya
  • Yakinkan bahawa dia tidak bersalah dan anda akan mementingkan keselamatannya
  • Jawab soalannya berkenaan kejadian dengan jujur, tapi pastikan anda peka dengan perasaannya
  • Aturkan rutin harian untuknya kerana ini membuatkannya rasa lebih terjamin dan selamat
  • Fahami bahawa setiap kanak-kanak pulih pada kadar berbeza

Rawatan psikologi

  • Terapi kognitif tingkah laku
  • Terapi bermain
  • Terapi keluarga
  • Ubatan, jika perlu

Selepas kejadian buruk, lihat jika adanya tanda keresahan dalam kanak-kanak dan dapatkan bantuan profesional. Trauma dan tekanan berpanjangan yang tidak ditangani boleh menyebabkan kesan jangka panjang, seperti gangguan stres pasca-trauma (PTSD), masalah kesihatan fizikal dan mental, serta kesukaran dalam perkembangan, pembelajaran dan perhubungan secara amnya.

Di mana untuk dapatkan bantuan?

Imbas kod QR ini atau lawati laman ini untuk sumber tempatan.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen