Pengasuhan Positif

Menu Ekzema

Ekzema merujuk kepada beberapa jenis keadaan kulit yang menyebabkan kemerahan, rasa gatal, dan kulit yang meradang. Ekzema agak biasa semasa zaman kanak-kanak, bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak akan berhenti mengalami ekzema apabila mencecah umur 5 tahun.

Nampak seperti ekzema

Frasa “sama tetapi lain” memang sesuai di sini. Berikut ialah beberapa jenis keadaan kulit:

  • Ekzema atopik. Keadaan kulit paling umum, biasanya dialami oleh mereka yang mempunyai asma. Keadaan ini menurunkan kekuatan lapisan kulit yang menyebabkan kehilangan kelembapan kulit, lalu membolehkan mikroorganisma memasuki badan. Walaupun ia biasanya berlaku masa bayi atau zaman kanak-kanak, ia boleh dialami pada sebarang usia.
  • Ekzema sentuh (contact eczema). Kadangkala ekzema boleh berlaku akibat sentuhan berulangan dengan bahan tertentu yang merosakkan lapisan kulit, contohnya bahan kimia, membasuh tangan terlalu kerap, atau logam tertentu seperti nikel. Terdapat dua jenis utama: ekzema sentuh rengsa dan ekzema sentuh alergik.
  • Ekzema seborea. Keadaan paling umum dalam kalangan bayi baru lahir dan sering dirujuk sebagai keruping buaian. Keadaan ini menyebabkan sisik tebal, berwarna kuning dan berminyak pada kulit kepala bayi. Sesetengah bayi mungkin mempunyai ruam kulit yang berleluasa melibatkan lipatan terutamanya di sekeliling kawasan lampin.
  • Urtikaria papular. Disebabkan oleh tindak balas kepada gigitan serangga, keadaan ini lebih biasa dialami kanak-kanak berbanding dewasa kerana mereka sudah kurang sensitif terhadap gigitan serangga. Ia boleh disebabkan oleh nyamuk, kutu, tungau atau serangga rumah/taman lain.
  • Ekzema diskoid dan numular. Biasanya muncul sebagai lesi kulit yang tidak jelas, tebal dan rasa gatal yang berlaku pada anggota badan. Walaupun penyebab
    masih tidak dikenal pasti, Keadaan ini boleh tercetus akibat:
  1. Kerosakan kulit disebabkan oleh serangga, menggaru, atau ‘melecur’ akibat bahan kimia.
  2. Keradangan (seperti ekzema atopik dan/atau ekzema statis) pada bahagian badan yang lain.
  3. Kulit kering akibat kelembapan udara yang rendah (contohnya, persekitaran berhawa dingin atau musim sejuk).
  4. Logam tertentu seperti nikel.
  • Pomfoliks (juga ekzema dishidrotik). Keadaan ini menjejaskan tangan/kaki, meninggalkan kesan melepuh dan menyebabkan iritasi.
  • Keadaan kulit lain yang sering disalah tafsir sebagai ekzema:
  1. Jangkitan kulat. Biasa disebabkan oleh kulat.
  2. Kudis buta. Jangkitan kulit yang disebabkan oleh tungau.
  3. Lichen simplex chronicus. Perbuatan menggaru/menggosok yang berulangan boleh menyebabkan kulit mengalami keadaan ini, iaitu kegatalan setempat yang kronik.

Rawat rasa gatal itu!

Untuk menentukan penyebab sebenar keadaan kulitnya, berbincanglah dengan pakar pediatrik atau pakar dermatologi pediatrik anak anda. Doktor boleh memberikan nasihat lebih terperinci berkenaan rawatan yang sewajarnya dan kaedah pengurusan.

Untuk mengenal pasti penyebab, pencetus rasa gatal pada kulit anak anda perlu ditentukan. Elakkan daripada mendedahkannya kepada faktor rasa gatal ini untuk mencegah ketidakselesaan dan/atau keradangan yang mungkin berlaku. Doktor akan menasihati anda tentang langkah-langkah yang perlu diikuti semasa mandi dan melembapkan kulit.

Pilihan pelembap anda juga adalah penting. Pilih produk yang bebas pewangi dan haruman (elakkan jenis tanpa wangian juga kerana mungkin mengandungi bahan lain yang boleh merengsa kulit), tidak mengandungi sebarang pewarna dan pilihlah jenis krim atau salap, bukan losen.

Pelembap yang terbukti secara klinikal memberikan kelembapan lebih lama yang mencegah kulit kering. Rutin untuk merawat ekzema ini berbeza bergantung kepada tahap keterukan dan jenis, contohnya rawatan untuk kulit kering tidak sama dengan rawatan kudis yang mempunyai lelehan.

Selain itu, dalam kes keadaan seakan-akan ekzema disebabkan oleh gigitan serangga, anda perlu mencari dan menyingkirkan penyebab itu. Jika disebabkan oleh serangga tilam atau tungau debu, anda perlu membersihkan atau menggantikan tilam/pakaian yang terlibat.

Jangan terus membuat kesimpulan bahawa anak anda mempunyai ekzema atopik hanya kerana simptom yang serupa. Memandangkan terdapat pelbagai keadaan kulit yang menyerupai ekzema, anda disarankan untuk mendapatkan pendapat pakar. Diagnosis yang betul memastikan anda dapat memberikan rawatan terbaik kepada anak anda.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysian.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen