Pengasuhan Positif

Selesema Biasa Atau Flu

Salah faham ialah musuh anda, jadi belajarlah seberapa banyak mengenai influenza sebagai persediaan. Malangnya, banyak mitos yang seringkali kita percaya:

Flu adalah perkara biasa

Flu secara amnya bukanlah penyakit penyebab maut bagi individu yang sihat, namun ia boleh menyebabkan komplikasi teruk terutamanya kepada bayi, kanak-kanak dan golongan tua.

Antibiotik berkesan untuk selesema biasa dan flu

Biasanya, virus ialah penyebab utama bagi kedua-duanya, maka, antibiotik tidak akan berkesan! Antibiotik hanya berkesan untuk melawan jangkitan bakteria.

Vitamin C mencegah selesema biasa dan flu

Kajian mendapati tiada bukti jelas yang menyokong kenyataan ini.

Orang sihat tidak perlu vaksinasi flu

Sihat tidak menjamin seseorang imun daripada penyakit, maka vaksin tahunan masih diperlukan. Wanita hamil juga boleh divaksin ketika manamana tahap kehamilan sebagai langkah perlindungan.

Potensi bencana

Influenza bukan sekadar batuk dan demam. Bergantung pada bahagian yang diserang virus, ia boleh menyebabkan komplikasi serius seperti sinusitis (jangkitan sinus), bronkitis, pneumonia, meningitis/ensefalitis, serta radang otot. Bayi dan kanak-kanak berkemungkinan mengalami sawan demam dan jangkitan telinga tengah. Flu tidak boleh dipandang ringan – ia boleh menyebabkan keadaan sedia ada seperti lelah, kencing manis dan sakit jantung menjadi lebih teruk.

Rawatan flu biasanya melibatkan ubat antiviral (BUKAN antibiotik!), tetapi agar ia berkesan sepenuhnya, ia perlu diambil dalam masa dua hari selepas mula sakit. Pengambilan ubat antiviral membantu meredakan simptom, terutamanya bagi yang berhadapan risiko komplikasi yang lebih serius ataupun yang sudah menghidapi penyakit lebih teruk. Kesan sampingan biasa termasuklah mual, muntah, hidung berair, hidung tersumbat, batuk, dan/atau cirit-birit.

Mengenali ‘musuh’

Masalah lain yang ramai orang lalui adalah kekeliruan dalam mengenalpasti sama ada ia adalah flu atau selesema biasa. Bolehkah anda bezakannya? Begini caranya:

Tidak kiralah flu atau selesema biasa, dapatkan rawatan segera jika anak anda mengalami demam panas bersuhu 39°C ke atas, dan terutamanya jika demam tidak turun-turun atau kerap berlaku semula.

Cara merebak

Menghentikan penyebaran influenza

Jalankan tanggungjawab anda dan lakukan yang sepatutnya bagi mencegah flu daripada merebak. Walaupun tiada vaksin bagi selesema biasa tetapi anda boleh mendapatkan vaksin bagi influenza. Ingatlah, mungkin anda dan pasangan cukup kuat melawan influenza, tetapi tidak bagi anak anda (dan warga tua di sekitar anda).

Cara terbaik adalah dengan mendapatkan vaksin setiap tahun. Anda juga boleh mengurangkan penyebaran virus influenza dengan memastikan:

  • Kebersihan diri dijaga – pakai topeng muka dan basuh tangan menggunakan sabun dan air atau cecair pencuci tangan. Ini membantu mengurangkan penyebaran langsung penyakit kepada/ daripada anda atau ahli keluarga anda.
  • Elakkan kawasan ramai orang (terutama semasa musim influenza) – kurangkan mendedahkan diri anda kepada potensi sumber jangkitan, iaitu orang yang menghidap flu. Berjalan-jalan ke tempat awam juga membuat anda mudah diserang jangkitan influenza secara tidak langsung.

Mengapa setiap tahun?

Vaksin influenza mendapat “kemaskini” setiap tahun berdasarkan jenis influenza yang berkemungkinan tersebar pada tahun tersebut. Jangan bawa pulang virus ke rumah. Setiap orang berhak mendapat perlindungan daripada influenza. Bincanglah bersama-sama doktor anda bagi mendapatkan vaksin flu tahunan.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysian.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen