Pengasuhan Positif

Jangkitan Pneumokokal

Penyakit pneumokokal adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae, atau pneumokokus, yang menjangkiti pelbagai bahagian badan. Penyakit ini terdiri daripada jangkitan tidak invasif yang menyerang bahagian sinus dan telinga, dan jangkitan serius dan invasif yang menyerang bahagian yang biasanya bebas daripada kuman seperti salur darah.

Bagaimana ia tersebar

Sinus (rongga di sekeliling hidung)

Sinusitis

Simptom: Muka sakit, hidung tersumbat, lendir kuning kehijauan, sakit kepala.

Komplikasi: Biasanya ringan, jarang menyebabkan komplikasi serius.

Telinga tengah

Otitis media

Simptom: Sakit telinga, gegendang telinga merah dan bengkak, demam, mengantuk.

Komplikasi: Biasanya ringan, tetapi boleh menyebabkan kehilangan pendengaran dan mengakibatkan pertuturan lambat.

Peparu

Pneumonia

Simptom: Demam dan menggigil, batuk, sukar bernafas, sakit dada.

Komplikasi: Empiema (jangkitan di ruang antara peparu dan rongga dada), perikarditis (keradangan kantung mengelilingi jantung, abses peparu (nanah dalam peparu).

Salur darah

Bakteremia

Simptom: Demam, menggigil, kurang tumpuan, kekeliruan, sesak nafas, kadar jantung tinggi, sakit yang amat, kulit berpeluh.

Komplikasi: Boleh mengakibatkan kegagalan organ, kejutan septik (tekanan darah jatuh ke tahap bahaya), endokarditis (keradangan pada lapisan dalaman jantung), meningitis, dan mungkin kematian.

Meninges (membran selaput otak dan saraf tunjang)

Meningitis

Simptom: Kekejangan leher, demam, sakit kepala, fotofobia (mata lebih sensitif kepada cahaya), kekeliruan;
Bagi bayi: Tiada selera makan atau minum, kurang tumpuan, muntah.

Komplikasi: Hilang pendengaran, epilepsi, masalah memori dan tumpuan, masalah koordinasi, pergerakan dan imbangan, masalah pembelajaran, masalah kelakuan, dan mungkin kematian.

Melawan pneumokokus

Lebih 90 jenis pneumokokus sudah dikenal pasti, menjadikannya satu cabaran untuk mengawal kuman ini. Cara terbaik mencegah penyakit pneumokokal ialah menerusi vaksinasi. Dua jenis vaksin kini boleh didapati untuk mencegah penyakit pneumokokal.

Vaksin Konjugat Pneumokokal (PCV)

  • Melindungi daripada 10 atau 13 jenis yang paling bahaya.
  • Disyorkan untuk kanak-kanak bermula 6 minggu, dewasa selepas 50 tahun, dan kumpulan berisiko tinggi atau sistem imun lemah.
  • Membasmi pneumokokus daripada saluran pernafasan atas.
  • Memberikan imuniti kelompok.

Vaksin Polisakarida Pneumokokal (PPSV23)

  • Melindungi daripada 23 jenis.
  • Tidak berkesan untuk kanak-kanak bawah 2 tahun.
  • Tempoh lebih pendek dan kualiti perlindungan lebih rendah.
  • Mungkin masih membawa pneumokokus dalam saluran pernafasan selepas vaksinasi.
  • Tiada perlindungan kelompok.

Penyakit pneumokokal tidak invasif, seperti otitis media, adalah biasa dan boleh diuruskan tetapi boleh merebak menjadi penyakit pneumokokal invasif yang lebih teruk, seperti meningitis, yang boleh membawa kematian. Lindungi orang tersayang daripada jangkitan pneumokokal dan rujuklah doktor anda untuk maklumat lebih lanjut.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen