Pengasuhan Positif

Mengapa Anda Perlu Suntikan Flu Tahunan

Apabila anak anda mengalami sakit tekak, sakit badan, dan demam, jangan anggap ia hanya selesema biasa – ia mungkin influenza. Influenza berbahaya bagi kanak-kanak kecil, kerana ia boleh menyebabkan komplikasi serius, seperti pneumonia, bronkitis, bakteremia, otitis media, ensefalopati, dan dimasukkan ke hospital untuk jangka panjang.

Satu salah faham umum ialah flu berlaku hanya di negara yang bermusim sejuk. Wabak flu juga boleh berlaku di Malaysia sepanjang tahun, kerana ia disebarkan oleh pelancong dari hemisfera utara dan selatan. Untuk mengelakkan musim sejuk, ramai pelancong datang ke negara tropika dan mereka mungkin membawa virus flu bersama-sama. Rakyat Malaysia yang melancong ke destinasi ini semasa musim sejuk juga berpotensi menjadi pembawa.

Apa itu influenza?

Ia sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan. Terdapat empat strain virus influenza, iaitu virus A, B, C dan D. Influenza A dan B lebih berbahaya kerana boleh menyebabkan epidemik bermusim. Influenza C menyebabkan jangkitan lebih ringan, sementara influenza D tiada kesan ke atas manusia. Virus influenza yang terkenal termasuklah jenis A, contohnya A(H1N1), selesema burung dan selesema babi, serta jenis B, contohnya strain Yamagata dan Victoria.

Epidemik vs pandemik

Epidemik = Wabak yang melibatkan lebih ramai orang berbanding biasa di sesuatu kawasan atau tempat yang jarang dikaitkan dengan wabak tersebut.

Pandemik = Wabak yang melibatkan skala global.

Sejarah pandemik

1918-1919 – Flu Sepanyol menyerang secara berleluasa dan mencatat sehingga 50 juta kematian di seluruh dunia.
2009 – pandemik H1N1 disebabkan oleh strain baharu (influenza A, H1N1).
2012 – H1N1 menyebabkan lebih kurang 575,400 kematian di seluruh dunia pada tahun pertama penyebarannya.

Bagaimana ia bermula?

Influenza biasanya menjejaskan sistem pernafasan – hidung, tekak, paru-paru. Walaupun simptomnya sama dengan selesema biasa, ia lebih serius. Antara simptomnya termasuklah:

Virus ini biasanya tersebar melalui titisan air apabila pesakit bersin atau batuk. Bagaimanapun, ia boleh kekal pada permukaan keras (contohnya, tombol pintu, meja, permainan, dsb.) sepanjang hari dan juga boleh tersebar melalui sentuhan. Ciri-ciri ini membolehkan virus itu tersebar dengan pantas dan mudah.

Penyebaran virus

Kos ‘tersembunyi’

Jika anak anda mengalami komplikasi seperti sinusitis (jangkitan sinus), bronkitis, atau pneumonia, anda terpaksa menanggung bil hospital di samping bil doktor. Dia juga mungkin dikuarantin untuk mencegah penyebaran flu kepada orang lain, menyebabkan dia ketinggalan kelas atau merindui rakan-rakan dan keluarga. Ibu bapa juga perlu mengambil cuti untuk menjaga anak mereka yang sakit, yang meningkatkan risiko mereka dijangkiti (lalu menambah beban kewangan, emosi dan fizikal).

Siapa yang berisiko mengalami komplikasi?

Who is at risk of complications?

  • Bayi, kanak-kanak petatih, kanak-kanak kecil
  • Orang tua
  • Wanita mengandung
  • Sesiapa dengan sistem imun lemah atau penyakit seperti penyakit pulmonari terhalang kronik (COPD), diabetes, penyakit jantung, atau asma

* Walaupun vaksin flu tahunan tidak diwajibkan ke atas jemaah Haji, Kementerian Kesihatan mengesyorkan jemaah untuk mendapatkan vaksin tersebut.

Mencegah tindakan terbaik

Selain daripada mengelak kawasan yang berisiko tinggi dan orang ramai, perkara terbaik anda boleh lakukan adalah mendapatkan vaksin flu tahunan untuk diri anda dan keluarga. Vaksin tersebut ‘dikemaskini’ setiap tahun untuk menyasarkan strain flu paling berkemungkinan tersebar untuk tahun tersebut berdasarkan pengesyoran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Oleh kerana influenza bermutasi dengan pantas, vaksin tahunan diperlukan demi melindungi mereka yang berisiko tinggi mengalami komplikasi.

Tanpa pemeriksaan rutin untuk influenza di Malaysia, tiada data berkenaan penyebaran jangkitan influenza dan berapa ramai yang terkorban. Vaksinasi influenza tahunan kekal sebagai kaedah terbaik bagi mencegah influenza dan komplikasinya.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen