Pengasuhan Positif

Bahaya Jangkitan Darah

Septisemia meningokokus, juga dipanggil meningokoksemia, merujuk kepada jangkitan aliran darah yang terjadi secara tiba-tiba.

Antara komplikasi termasuklah kehilangan anggota badan atau pendengaran, disfungsi kognitif, kerosakan penglihatan, kesukaran pembelajaran, perkembangan lewat, kelemahan saraf motor, gangguan sawan, dan juga kematian.

Kecil tapi berbahaya

Bakteria Neisseria meningitidis ialah dalang di sebalik septisemia meningokokus. Ia juga boleh menyebabkan meningitis dan pneumonia. Ia endemik di ‘jalur meningitis’ di Afrika sub-Sahara, dan mudah membiak di salur pernafasan bahagian atas dalam badan yang sihat tanpa menyebabkan sebarang kesakitan. Sesiapa yang melawat kawasan ini boleh menjadi pembawa penyakit itu tanpa disedari.

Institut Kecemerlangan Kesihatan dan Rawatan (Jabatan Kesihatan, United Kingdom) menyatakan N. meningitidis menyebabkan meningitis bakteria bagi 1 dalam 7 kes, atau septisemia bagi 1 dalam 4 kes, atau kombinasi dalam 3 dari 5 kes, dan ia tidak harus diambil ringan. Septisemia meningokokus (dan meningitis) boleh menyebabkan kematia hanya dalam masa beberapa jam.

Mereka yang sembuh daripadanya juga biasanya mengalami kesan jangka panjang seperti kehilangan memori atau kesukaran mengingati maklumat, kurang tumpuan, cuai atau masalah koordinasi fizikal, artritis atau kekejangan otot, parut di kulit, kemungkinan kehilangan anggota (jari, ibu jari, lengan atau kaki), dan kemungkinan kerosakan di peparu atau buah pinggang.

Siapa yang berisiko?

Gejala/simptom:

Jangan takut untuk mendapatkan rawatan segera jika anda mengesyaki anak anda mempunyai meningokoksemia. Gejala/simptom awal selalunya tidak khusus, menjadikannya sukar untuk dibezakan daripada jangkitan lain yang kurang berbahaya. Bagaimanapun, jika tidak diberikan perhatian, ia boleh menjadi semakin teruk (dalam hanya 24-48 jam), dengan gejala yang lebih khusus dan serius.

Ujian gelas

Anda boleh menggunakan ‘ujian gelas’ untuk memeriksa sama ada ruam itu petanda meningokoksemia atau tidak. Ruam biasa akan pudar di bawah tekanan gelas. Ruam purpura meningokoksemia tidak akan pudar.

Jangan jadi sebahagian dari statistik

Intervensi perubatan yang awal boleh memberikan anak anda peluang hidup yang lebih tinggi. Bagaimanapun, terdapat risiko besar bagi kesan fizikal yang kekal seperti amputasi jari, ibu jari, lengan atau kaki (akibat kekurangan pengaliran darah kepada anggota badan), parut akibat graf kulit, dan kesan mental seperti kehilangan memori.

Mencegah lebih baik daripada mengubati, dan meningokoksemia boleh dicegah dengan imunisasi. Langkah lain yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko anak anda adalah dengan mengamalkan (dan mengajarkannya) kebersihan yang baik bagi mengurangkan penyebaran bakteria. Elakkan berkongsi makanan atau minuman, dan juga berus gigi.

Bincang dengan pakar pediatrik atau doktor anda segera bagi mempelajari langkah perlindungan untuk anda dan keluarga daripada ancaman ini. Walaupun ia bukanlah penyakit yang biasa dihidapi, akibatnya yang serius tidak harus diambil ringan. Bertindaklah dengan mendapatkan imunisasi.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen