Pengasuhan Positif

Anak Saya Mengalami Intolerans Laktosa

Intolerans laktosa ialah ketidakupayaan menghadam laktosa, komponen utama dalam susu, dengan sebaiknya. Intolerans laktosa ialah masalah penghadaman dan tidak melibatkan sistem imun (tidak seperti alahan protein susu lembu, CMPA). Maka, walaupun intolerans laktosa boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, ia tidak akan menyebabkan reaksi yang boleh membawa maut seperti anafilaksis.

Intolerans laktosa boleh bermula sejak kecil dan perlahan-lahan menjadi semakin ketara semasa dewasa. Memandangkan susuialah sumber kalsium utama, ini mungkin memberi kesan negatif kepada tumbesaran anak anda. Simptom-simptom biasanya berlaku antara 30 minit sehingga 2 jam selepas pengambilan susu atau produk tenusu. Keseriusan simptom-simptom ini biasanya bergantung kepada jumlah susu yang diminum dan sejauh mana anak anda dapat bertoleransi dengan laktosa.

Tanda/simptom umum

Bayi
  • Bayi menerima dan kemudian menolak penyusuan badan
Bayi, kanak-kanak petatih, dan kanak-kanak lebih tua
  • Susu
  • Pepejal susu
  • Pepejal susu bukan lemak
  • Serbuk susu
  • Laktosa
  • Kasein
  • Dadih susu (whey)
  • Krim

Belajar dan didik

Perkara pertama yang harus dilakukan adalah mempelajari makanan atau minuman apa yang harus dielakkan. Ingat, walaupun penting untuk menawarkan anak anda pelbagai makanan dari setiap kumpulan makanan, anda harus memberikan lebih perhatian kepada produk makanan tertentu yang perlu dikurangkan/disingkirkan, bergantung kepada tahap intolerans anak anda. Jelaskan kepadanya tentang intolerans laktosa dan ajarnya tentang apa yang dia perlu elakkan dalam dietnya.

Luangkan masa untuk membaca label bahan pada produk makanan sebelum membeli. Elakkan makanan yang mengandungi:

  • Milk
  • Milk solids
  • Non-fat milk solids
  • Milk powder
  • Lactose
  • Casein
  • Whey
  • Cream

Makanan lain yang mungkin mengandungi susu atau produk tenusu lain

Bar bijirin
Pizza

Maklumkan kepada penjaga, keluarga dan rakan-rakan tentang intolerans laktosa anak anda. Rakan-rakan anda yang berniat baik tetapi tidak sedar akan intolerans laktosa anak anda mungkin akan memberikan makanan/minuman yang menyebabkan ketidakselesaan kepada anak anda.

Tidak cukup kalsium?

Memandangkan susu atau produk tenusu ialah antara sumber kalsium utama bagi kanak-kanak kecil, mengalami intolerans laktosa mungkin akan membawa masalah. Strategi anda dalam menguruskan intolerans laktosa anak anda bergantung kepada keseriusan intoleransnya.

Jika dia mengalami intolerans laktosa yang sederhana, dia sepatutnya masih mampu mengambil jumlah susu atau produk tenusu yang sedikit, asalkan ia diambil dalam kuantiti kecil dan dibahagikan sepanjang hari. Manakala, jika intolerans laktosanya serius dan dia tidak boleh mengambil susu langsung, maka dia perlu mendapatkan kalsium yang cukup dari makanan lain seperti produk tenusu tanpa laktosa dan produk makanan yang diperkaya dengan kalsium. Alternatif yang baik adalah untuk mencuba pengganti susu lembu seperti susu soya, badam, beras, atau oat. Susu soya ialah alternatif yang popular kerana ia sumber kalsium dan protein yang baik. Susu badam juga sumber kalsium yang baik tetapi mengandungi protein yang kurang berbanding susu lembu.

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memberikan anak anda suplemen kalsium, dapatkan nasihat pakar pediatrik terlebih dahulu. Anda dinasihatkan untuk tidak memberikan anak anda terlalu banyak kalsium, kerana boleh menyebabkan sembelit dan boleh mengganggu penyerapan nutrien lain (seperti zat besi atau zink ).

Ia akan ambil sedikit masa

Sedikit masa diperlukan untuk menyesuaikan diri, tetapi yakinlah bahawa anda dan anak anda boleh menghadapi perubahan gaya hidup ini. Intolerans laktosa tidak seharusnya menjadi halangan besar dalam hidup, kerana jika diuruskan dengan baik, anak anda akan menyesuaikan diri dengan mudah dan tumbesaran dan perkembangannya juga tidak akan terjejas.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen