Pengasuhan Positif

Menangani Skoliosis

Skoliosis bukanlah satu penyakit sebaliknya merupakan satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan keadaan tulang belakang yang melengkung ke sisi secara tidak normal. Tulang belakang tersebut membentuk huruf ‘S’ atau “C” dan bukan garisan yang lurus.

Punca Skoliosis Secara Amnya Belum Diketahui

Dalam 80% kes yang berlaku, puncanya tidak diketahui. Keadaan ini dipanggil idiopatik. Skoliosis idiopatik boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, bergantung pada umur penyakit tersebut dikenalpasti. Selebihnya, sebanyak 20% boleh wujud dalam bentuk kongenital (sejak lahir), otot saraf, atau berkait dengan Sindrom Marfan (gangguan genetik tisu penghubung, digambarkan melalui jari yang panjang dan tirus yang tidak normal.

Sesetengah Individu Lebih Cenderung daripada yang Lain

Kajian menunjukkan bahawa kelaziman skoliosis berlaku dalam kalangan kanak-kanak perempuan adalah 3-4 kali lebih tinggi berbanding dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Ini mungkin kerana kanak-kanak perempuan lebih awal mencapai tahap akil-baligh berbanding kanak-kanak lelaki. Kelaziman skoliosis berlaku juga adalah lebih sedikit dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6-7 dan 9-10 tahun, tetapi meningkat secara mendadak antara 1.37% sehingga 2.22% untuk kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11-12 tahun dan 13-14 tahun.

Bagaimana untuk Mengetahui Jika Anak Anda telah Dijangkiti

  • Lengkung Skoliosis pada tulang belakang pada mulanya dikesan melalui ujian kesihatan sekolah atau ketika pemeriksaan berkala bersama pakar kanak-kanak.
  • Di sekolah, para pelajar boleh diberi “Adam’s Forward Bend Test”
  • Doktor menggunakan rekod kesihatan dan latar belakang keluarga, pemeriksaan fizikal dan ujian apabila menganalisis seseorang yang menghidapi skoliosis.
  • X-ray atau ujian saringan yang lain seperti pengimejan resonans magnet (MRI) untuk mengesan sakit saraf dan kekejangan.

Skoliosis Boleh Dirawat!

Rawatan untuk skoliosis bagi kanak-kanak biasanya melibatkan pemerhatian kepada lengkungan sudut kecil, memakai pendakap tulang belakang, atau menjalani pembedahan skoliosis.

Memakai pendakap tulang belakang membantu menghalang lengkung daripada memanjang ke hadapan tetapi tidak meluruskan tulang belakang. Sebaliknya, pembedahan skoliosis mampu meluruskan tulang belakang, namun ia melibatkan beberapa risiko:

  • Kecederaan Saraf: Risiko kecederaan tulang belakang, namun risiko tersebut boleh dikurangkan melalui sistem pemantauan tulang belakang.
  • Pendarahan/Kehilangan darah: Diatasi melalui penggunaan hypotensive anaesthesia, meja pembedahan khas dan ubat untuk mengurangkan kehilangan darah.
  • Jangkitan: Berlaku di kawasan penutupan luka ketika proses penyembuhan. Ianya diatasi melalui penggunaan antibiotik ketika sebelum pembedahan dan serbuk vancomycin selepas pembedahan.

Selepas pembedahan, pesakit berasa lebih yakin. Selama 3-6 minggu selepas pembedahan, seseorang kanak-kanak sudah dapat kembali ke sekolah, dan menyertai sebarang jenis sukan selepas 3-6 bulan.

Perubahan gaya hidup diperlukan seperti memakan makanan yang tinggi protein, serat, vitamin dan mineral. Ianya akan membantu menggalakkan pertumbuhan otot dan tisu, serta memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Petua & Nasihat untuk Ibu Bapa

Mengesan secara awal boleh membantu anda belajar dan memahami keadan penyakit secara lebih mendalam. Ujian mudah seperti Adam’s Forward Bending Test akan mengesan benjolan yang tidak normal pada belakang badan. Setelah dikesan, rawatan awal boleh dimulakan dan pembedahan mungkin tak diperlukan. Minta nasihat professional dari pakar yang betul. (seperti pakar bedah ortopedik). Anak anda berhak mencapai potensi diri mereka sepenuhnya tanpa skoliosis menghalang mereka.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen