Pengasuhan Positif

Sarapan Membuat Hari Anda Bertenaga: Sarapan untuk Semua

Sarapan untuk Semua

Sebagai ibu bapa, anda mahu anak anda membina tabiat sihat seperti bersarapan. Namun begitu, anda juga harus menunjukkan contoh yang baik bagi tabiat sihat ini. Mengasuh melalui teladan adalah jauh lebih berkesan kerana anak anda lebih cenderung untuk mengikuti nasihat anda jika dia perhatikan anda juga turut melakukannya.

Jika anda biasa melangkau sarapan, terdapat beberapa penyesuaian yang anda perlu lakukan pada jadual anda. Contohnya, anda perlu berusaha untuk bangkit 15 minit lebih awal atau mungkin anda perlu meluangkan lebih masa sedikit pada waktu malam untuk membuat persediaan sarapan keesokannya.

Perkara yang perlu difikirkan

Jika anda atau anak anda sukar untuk bangun pada waktu pagi, tidurlah lebih awal. Di samping itu, anda juga harus membiasakan diri memeriksa bekalan makanan untuk sarapan anda adalah mencukupi, terutama makanan yang ringkas atau segera seperti bijirin sarapan. Tiada yang lebih buruk daripada bangun dari tidur dan bersiap untuk makan sarapan tetapi mendapati tiada bekalan makanan!

Penyelesaian cepat lain ialah pek-pek susu UHT sedia diminum, yogurt, atau granola bar, buah-buahan (contohnya epal, pir, pisang), roti bijirin penuh dengan keju/tuna atau bijirin penuh dengan susu. Sarapan sememangnya hidangan harian paling penting, oleh itu, mulakan hari keluarga anda dengan sarapan yang berkhasiat!

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen