Pengasuhan Positif

Makanan Alergenik

Pada dasarnya, makanan alergenik ialah makanan yang diketahui menjadi punca alergi makanan dalam kalangan sesetengah individu. Alergi makanan merupakan tindak balas sistem imun terhadap kehadiran jenis makanan yang khusus. Ia berbeza daripada intolerans makanan, iaitu satu tindak balas sistem penghadaman (contohnya, apa yang terjadi apabila tubuh anak anda menghadapi kesukaran menghadam makanan).

Terdapat lapan jenis makanan alergenik yang utama:

Mengenali alergi makanan

Amnya, simptom-simptom yang berkait dengan alergi makanan sukar untuk dihubungkan dengan sesuatu makanan. Simptom alergi yang lazim termasuk:

  • Mulut terasa berdenyut-denyut atau gatal
  • Batuk atau berdehit
  • Geligata
  • Kejang abdomen
  • Bengkak kerongkong dan pita suara
  • Kulit merah atau ruam
  • Bengkak muka, lidah, atau bibir
  • Muntah-muntah dan/atau cirit-birit
  • Pening dan/atau pening lalat
  • Sukar bernafas
  • Pitam

Oleh kerana anak-anak kecil mungkin tidak tahu bagaimana untuk meluahkan jenis simptom yang mereka alami dengan terperinci, mereka mungkin menggunakan perkataan seperti “Mulut saya rasa berdenyut-denyut/kebas”. Yang penting adalah untuk berwaspada dengan sebarang tanda-tanda cemas yang mungkin indikasi tindak balas alergi.

Walaupun alergi makanan boleh menjadi serius, terdapat langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk mengatasi keadaan ini. Sebaik sahaja alergi makanan disyaki, ujian diagnostik harus dilakukan melalui ujian cucuk kulit atau ujian darah.

Ambil perhatian apabila membeli belah

Jika anak anda alah kepada sesuatu makanan, adalah baik untuk elak daripada terdedah kepada makanan tersebut, terutama jika dia mendapat tindak balas teruk terhadap makanan tersebut. Beri lebih perhatian kepada senarai ramuan apabila pergi membeli belah barang runcit.

Makanan alergenik utama mungkin tersenarai dengan jelas, contohnya “lesitin (soya),” “tepung (gandum),” dan “whey (susu)”. Sesetengah pengilang mungkin menggunakan kenyataan pada bungkusan menyatakan bahawa produk mereka mengandungi ramuan tertentu, contohnya , Mengandungi Gandum, Susu, dan Soya. Terdapat juga beberapa pengilang yang menyenaraikan makanan alergenik sebagai “perekat” atau “pengemulsi”, yang bermaksud produk tersebut mungkin mempunyai telur atau soya.

Tahukah anda?

Alergi makanan sering menyebabkan simptom dalam masa dua jam selepas dimakan, dengan sesetengah tindak balas berlaku dalam masa beberapa minit. Namun begitu, terdapat juga kes-kes di mana tindakbalas tertangguh sehingga enam jam atau lebih.

Terdapat satu lagi jenis alergi makanan yang mempunyai tindakbalas lambat dikenali sebagai Sindrom Enterokolitis Cetusan Protein Makanan atau Food Protein-Induced Enterocolitis Syndrome (FPIES). Ini merupakan tindakbalas gastrousus yang teruk dan lazimnya berlaku di antara 2- 6 jam selepas mengambil susu, soya, sesetengah bijirin atau makanan pepejal tertentu. Ia biasanya terjadi dalam kalangan bayi kecil yang terdedah kepada makanan tersebut buat pertama kalinya. FPIES boleh menyebabkan episod muntah-muntah yang berulang dan seterusnya menyebabkan dehidrasi. Sesetengah bayi juga mendapat cirit-birit berdarah.

Mengendalikan alergi makanan

Apabila anda telah memastikan bahawa anak anda mengalami alergi makanan, perkara seterusnya yang harus dilakukan ialah untuk mengelakkan makanan tersebut, terutamanya jika anak anda menunjukkan tindakbalas yang teruk. Ambil perhatian bahawa sekiranya dia alah kepada makanan tertentu, kemungkinan dia juga alah kepada makanan lain yang berkaitan, contohnya, seseorang yang alah kepada udang mungkin juga alah kepada ketam.

Jika anda hanya mensyaki bahawa anak anda mempunyai alergi makanan, anda harus menyimpan diari makanan. Pastikan anda menyenaraikan semua makanan yang anda beri kepada anak anda dan simpan juga label mana-mana produk komersial. Ini dapat membantu pakar kanak-kanak/pakar alergi anda memastikan sama ada anak anda betul-betul alah kepada makanan tersebut.

Pakar kanak-kanak/pakar alergi anda akan mengambil sejarah keluarga dan sejarah perubatan yang diperlukan dan melakukan sebarang ujian berkaitan untuk menentuka sama ada anak anda mempunyai alergi makanan.

Berjauhan dari rumah

Sekiranya anda mendapati bahawa anak anda mengalami tindakbalas teruk terhadap makanan tertentu, pastikan anda memberitahu sekolah dan pengasuh tentang masalahnya. Untuk membantu, beri mereka kad kecemasan yang menerangkan bagaimana untuk mencegah, mengenali dan mengendalikan alahan makanan yang dihidapi anak anda.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen