Pengasuhan Positif

Mencegah Jangkitan Pneumokokal

Jangkitan pneumokokal disebabkan oleh streptococcus pneumoniae lazimnya dikenali sebagai pneumokokus.

Setiap tahun, lebih daripada 2 juta orang di seluruh dunia mati akibat jangkitan pneumokokal, di mana satu juta dari angka tersebut merupakan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

mencegah-jangkitan-pneumokokal

Jangkitan pneumokokal:

  • Radang paru-paru
  • Meningitis
  • Bakteremia
  • Radang telinga tengah
  • Sinusitis
  • Radang sendi & tulang
  • Jangkitan jantung
  • Konjunktivitis

Pencegahan melalui imunisasi:

mencegah-jangkitan-pneumokokal-2

mencegah-jangkitan-pneumokokal-3

mencegah-jangkitan-pneumokokal-4

  • Keberkesanan PCV ialah 77% hingga 94% terhadap serotip vaksin, dalam kalangan kebanyakan populasi kanak-kanak sihat.
  • PCV menyebabkan pengurangan kemasukan ke hospital yang ketara akibat pneumokokal pneumonia bagi kanak-kanak 2-4 tahun (73%) dan dewasa 18-39 tahun (30%).
  • PCV mengurangkan Penyakit Pneumokokal Invasif kebal antibiotik (IPD).
  • PCV merupakan satu-satunya vaksin yang dicipta dalam tempoh 20 tahun yang lalu yang menunjukkan pengurangan berkesan terhadap semua jenis kematian kanak-kanak. Dalam kajian di Gambia, 7 kematian dicegah bagi setiap 1000 kanak-kanak yang diimunisasi dengan PCV.
  • PCV menyebabkan berkurangnya IPD dalam kalangan semua peringkat umur di Amerika Syarikat kesan daripada imuniti kelompok.
  • Potensi impak PCV adalah tinggi bagi negara-negara yang mempunyai kadar kematian kanak-kanak disebabkan penyakit tersebut yang tinggi. Laporan SAGE WHO merumuskan bahawa memperkenalkan PCV di negara-negara tersebut merupakan “keutamaan paling tinggi”.
  • PCV adalah berkesan dari segi kos di kebanyakan negara.
  • PCV diterima dengan baik tanpa kesan sampingan serius.

PCV sangat disyorkan bagi perlindungan terhadap penyakit-penyakit pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa berumur 50 tahun ke atas. Ia tidak diliputi dalam Program Imunisasi Kebangsaan kita tetapi ia mudah didapati di klinik dan hospital swasta. Dapatkan nasihat doktor anda tentang imunisasi dan dapatkan lebih maklumat tentang cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada ancaman penyakit-penyakit bawaan pneumokokal.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen