Pengasuhan Positif

Bahaya Gigitan Nyamuk

Pada tahun 2015, bilangan kes denggi meningkat sebanyak 11.2% berbanding tahun sebelumnya. Oleh sebab kebanyakan kanak-kanak dan orang muda meluangkan lebih banyak masa di luar rumah, maka mereka lebih kemungkinan dijangkiti. Berikut adalah cara anda boleh melindungi keluarga anda:

bahaya-gigitan-nyamuk

pencegahan-aedes

TERKINI MENGENAI VAKSIN DENGGI

  • Dengvaxia® (CYD-TDV) adalah satu-satunya vaksin denggi berlesen.
  • Dengvaxia® telah diluluskan untuk dipasarkan di lebih daripada 10 buah negara termasuk Mexico, El Salvador, Brazil, Filipina dan Costa Rica.
  • TV003, sejenis vaksin yang berasal dari Amerika Selatan, kini pada fasa III.
  • Ujian fasa II bagi vaksin denggi, DENVax, sedang berlangsung.
  • Tiga vaksin denggi lain sedang dibangunkan.

Keberkesanan Vaksin dalam Ujian Klinikal

  • Pengilang Dengvaxia® mendakwa ia boleh mencegah 8 daripada 10 kemasukan ke hospital dan 9 daripada 10 kes teruk dan adalah 60.8% berkesan terhadap kesemua empat jenis serotip denggi.
  • TV003 menunjukkan bahawa ia dapat melindungi kesemua 21 sukarelawan yang mengambil bahagian dalam satu ujian kecil daripada virus Dengue-2.
  • Kertas kedudukan WHO mengenai vaksin yang menggariskan saranan WHO mengenai Dengvaxia® diterbitkan pada bulan Julai 2016.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

bite-size-terror-4

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen