Bahan-bahan:
(Hidangan untuk 5 orang)
Sos:
- 80 g (5 helai) daun kobis
- 50 g (⅔ cawan) serbuk protein kacang soya, direndam bersama air suam selama 20 minit dan ditapis
- 6 g (2 biji) cendawan, dihiris kecil
- 70 g (2 cawan) nasi
- 30 g (2 sudu makan) bran
- 50 g (½ cawan) bayam, dipotong halus
- 15 g (2 sudu makan) kacang buncis, dipotong halus
- 10 g (1 sudu makan) lobak merah, diparut
- 250 ml (1 cawan) air
- 30 g (3 sudu makan) keju mozzarella kurang lemak, diparut
- 40 g (4 sudu makan) pes tomato
- 15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
- 20 g (2 sudu makan) bawang besar, dipotong
- 10 g (2 ulas) bawang putih
- 3 g (½ sudu teh) serbuk kunyit
- 3 g (½ sudu teh) gula
- Lada hitam secukup rasa
- Sedikit marjerin (untuk menyapu dulang dapur)
Inti:
- 2 helai daun salam
- 80 g (½ cawan) pes tomato
- 15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
- 50 g (5 biji) bawang kecil
- 125 ml (½ cawan) air
Cara Memasak
Cara membuat sos
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang hingga warna keemasan.
- Masukkan bahan-bahan sos yang lain dan biarkan mendidih selama 5 minit.
- Padamkan api.
Cara memasak inti
- Masukkan daun kobis ke dalam air mendidih sehingga lembut dan toskan. Berhati-hati supaya daun tidak koyak.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan air, serbuk protein kacang soya, dan serbuk kunyit dan biarkan selama 15 minit. Padamkan api.
- Masukkan semua bahan yang lain kecuali keju dan marjerin. Gaul sehingga sebati.
- Letakkan satu helai daun kobis dengan rata. Isikan 3 sudu makan inti tadi dan gulungkan. Ulangi langkah ini untuk semua daun kobis.
- Letakkan semua gulungan kobis di atas dulang dapur yang telah disapu dengan marjerin.
- Tuangkan sos yang telah disediakan ke atas gulungan daun kobis.
- Tutupkan dan bakar pada suhu 180⁰C selama 35 minit.
- Keluarkan dan taburkan keju Mozarella dan bakar lagi selama 5 hingga 10 minit.
- Hidangkan sebagai lauk utama bersama roti bakar, naan, capati dan pita atau sebagai lauk pilihan sayur-sayuran.
Kandungan Nutrien Setiap Puf:
Kalori | 177 kcal |
Karbohidrat | 18.4 g |
Protein | 7.7 g |
Lemak | 8.1 g |
Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia
Resipi sumbangan daripada ‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk membeli buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 60 resipi, sila e-mel kepada:[email protected]
Komen