Pengasuhan Positif

Soalan Kerap Ditanya Tentang Anak Anda Alergi & Intolerans Makanan

Kita mudah terkeliru antara alergi dan intolerans makanan kerana kedua-duamya mempunyai beberapa simptom yang sama. Oleh itu, apakah perbezaannya? Bagaimana saya bole pastikan sama ada anak saya mengalam alergi makanan atau intolerans? Persoalan ini dan soalan-soalan lain akan diperjelaskan:

intolerens-maakanan-alergi

S1: Memandangkan beberapa simptom intolerans makanan dan alergi makanan adalah serupa, bagaimana saya boleh tentukan anak saya mengalami keadaan yang mana satu?

Dalam kedua-dua keadaan intolerans makanan dan alergi makanan, simptom berlaku dalam masa beberapa saat, minit atau jam selepas sesuatu makanan dimakan. Simptom intolerans boleh berlaku walaupun selepas beberapa hari berikutnya. Untuk benar-benar pasti, anak anda harus didiagnos dengan sempurna oleh seorang doktor atau pakar perubatan (contohnya, pakar alergi kanak-kanak).

S2: Anak saya sedang bertukar kepada susu formula tetapi mengalami cirit-birit dan ruam yang teruk di seluruh tubuh selepas pertama kali meminumnya, apa dalam kandungan susu formula yang menyebabkan masalah tersebut?

Terdapat dua sebab mengapa ini berlaku; (1) Anak anda intolerans kepada gula laktosa dalam susu formula lembu, atau (2) dia alah kepada protein dalam formula susu lembu yang menyebabkan tindak balas alergi. Protein susu lembu merupakan makanan paling lazim yang menyebabkan alergi dalam bayi dan kanak-kanak kecil dan ia terdapat di dalam banyak jenis produk makanan. Mengapa sistem imun menganggap bahawa protein tersebut berbahaya masih belum difahami sepenuhnya. Kebanyakan orang yang bertindak balas kepada susu lembu juga bertindak balas kepada susu kambing biri-biri, kambing dan kerbau. Sebagai gantian, anda boleh memberi anak anda formula yang terhidrolisis sepenuhnya atau formula amino asid.

food-allergy-and-intolerance-2

S3: Bagaimana saya boleh membantu intolerans atau alergi makanan apabila dia sedang membesar?

Walaupun boleh, ia tidak dijamin. Para penyelidik mendapati bahawa sesetengah kanak-kanak lebih cepat sembuh daripada beberapa alergi apabila besar berbanding kanak-kanak lain jika mereka terdedah kepada alergen (makanan yang menyebabkan alergi). Pakar-pakar telah menggunakan konsep ini untuk menjalankan rawatan ujikaji, dikenali sebagai imunoterapi alergen oral atau sublingual. Ia melibatkan pendedahan kanak-kanak kepada makanan yang dia alergi dan ditingkatkan secara berperingkat dalam satu tempoh masa (lazimnya 3-5 tahun). Ini membantu mengajar sistem imun untuk menerima semula makanan yang alergenik. Rawatan ini hendaklah dilakukan oleh seorang pakar alergi yang berpengalaman.

S4: Apa sekiranya saya tidak memberi langsung anak saya alergen yang dikenali dan elakkan masalah? Adakah ia berkesan?

Betul, anda boleh menghindarkan simptom-simptom intolerans dan alergi. Namun begitu, alergen terdiri daripada makanan yang mengandungi nutrien-nutrien penting yang mungkin tidak terdapat pada makanan lain tetapi diperlukan oleh anak anda. Maka, adalah penting untuk sekurang-kurangnya mencari makanan gantian yang boleh menampung kekurangan nutrien tersebut. Jangan terus mengelakkan sesuatu kumpulan makanan daripada diet anak anda tanpa arahan perubatan dan dapatkan nasihat seorang dietitian tentang makanan gantian dan alternatif.

S5: Anak saya akan mencapai umur 6 bulan tetapi saya takut untuk memulakan makanan pelengkap. Apa akan terjadi jika dia alah kepada makanan yang saya beri?

Apabila bayi anda semakin besar dan lebih aktif, anda perlu mula melengkapkan dietnya dengan makanan tambahan untuk menyokong pertumbuhan dan memuaskan rasa laparnya. Selain itu, bukti menunjukkan bahawa tiada alasan untuk melengahkan pemberian makanan yang sangat alergenik (contohnya, telur, kacang tanah, kacang pokok, soya, gandum, ikan, dan kekerang) sehingga melebihi umur 6 bulan.

Anda harus memperkenalkan makanan yang sangat alergenik kepada bayi anda buat pertama kalinya di rumah. Jika tiada apa-apa reaksi berlaku, anda boleh tambahkan sukatan secara beransur-ansur pada kadar satu makanan baharu setiap 3 hingga 5 hari.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen