Pengasuhan Positif

Kuih Gulung Sayuran

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 5 – 6 orang)

  • 3 keping kulit popia (segi empat)
  • 180 g (2 cawan) lobak merah, disagat
  • 130 g (1½ cawan) kubis, dicincang halus
  • 430 g (2½ cawan) kacang soya, direndam
  • semalaman dan direbus sehingga lembut
  • 10 g (1 biji) bawang merah, dicincang halus
  • 30 ml (2 sudu makan) pes tomato
  • 15 ml (1 sudu makan) susu soya
  • 10 ml (2 sudu teh) minyak
  • 10 ml (2 sudu teh) biji bijian
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Secubit serbuk kulit kayu manis

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang sehingga wangi dan garing.
  2. Tambahkan lobak merah dan kubis. Masak selama 1 – 2 minit.
  3. Kisar kacang soya dalam pengisar dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan pes tomato, garam, lada sulah dan serbuk kulit kayu manis ke dalam kuali. Padamkan api dan biarkan sejuk.
  4. Potong kulit popia menjadi dua dan bahagikan intinya menjadi 6 bahagian. Masukkan sesudu inti secara memanjang di hujung kulit popia. Beruskan susu soya di hujung bertentangan dengan inti tadi. Kemudian gulungkan untuk menutup intinya. Ulang langkah ini sehingga inti habis digunakan.
  5. Potong gulungan kepada 6 bahagian yang sama panjang dan letakkan di atas dulang yang telah digris dengan mentega. Sapukan bahagian atas setiap gulungan dengan susu soya dan cucuk dengan garpu. Taburkan sedikit biji bijian.
  6. Bakar dalam api sederhana 210°C selama 20 – 25 minit, atau sehingga rangup dan keperangan.

Tip pemakanan

Kacang soya adalah sejenis kekacang yang merupakan alternatif baik kepada daging malah ia rendah lemak dan tinggi kandungan protein, serat dan karbohidrat kompleks. Apabila anda membeli kekacang dalam tin, carilah jenama yang tidak mempunyai garam tambahan.


Kandungan Nutrien Setiap Hidangan:

Kalori 229 kcal
Karbohidrat 19.9 g
Protein 15.1 g
Lemak 9.9 g

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia

Resipi sumbangan daripada ‘Buku Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 100 recipes, sila e-mel kepada: president@ nutriweb.org.my

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen