Pengasuhan Positif

Inovasi Penghalau & Perangkap Nyamuk

Sejak awal bulan Januari hingga Jun 2015, sekitar 50 152 kes denggi dilaporkan di Malaysia, dengan 138 kematian direkodkan dalam tempoh yang sama untuk mencatatkan purata kes baharu melebihi 300 kes setiap hari! Selain denggi, nyamuk juga merupakan pembawa virus lain seperti jangkitan Demam Kuning, Chikungunya dan West Nile. Ini amat membimbangkan kerana lebih daripada 60% tempat pembiakan nyamuk Aedes didokumenkan di kawasan perumahan bandar.

Manusia telah mencipta pelbagai peranti dan bahan kimia komersial serta alat buatan sendiri dalam usahanya untuk mengawal penularan nyamuk pembawa penyakit-penyakit tersebut. Paling menarik di antaranya ialah yang boleh dibuat sendiri di rumah menggunakan bahanbahan yang terdapat di rumah yang murah.

Ambil perhatian bahawa keberkesanan kebanyakan kaedah yang dibincang di sini tidak pernah dibuktikan secara saintifik, namun terdapat mereka dalam masyarakat yang berfikiran bahawa ia berkesan. Kaedah-kaedah tersebut telah digunakan di negara lain, terutama di Thailand, sebagai kaedah tambahan untuk mengawal vektor.

Perangkap Nyamuk Inovatif untuk Kegunaan Sendiri

1. Botol perangkap nyamuk

botol-perangkap-nyamuk

2. Kaedah kipas berkuasa tinggi

kipas-berkuasa-tinggi

3. Pencuci Pinggan Mangkuk

pencuci-pinggan-mangkuk

4. Perangkap kotak hitam (dengan pemukul serangga elektrik)

perangkap-kotak-hitam

5. Membela ikan nyamuk

– Ikan gupi (Poecilia reticulata), ikan laga (Betta splendens), dan ikan puyu (Anabas testudineus) dikenali sebagai kaedah biologi untuk mengawal nyamuk yang baik kerana ia memakan jentik-jentik. Sesetengah orang membela ikan-ikan tersebut untuk mencegah pembiakan nyamuk di dalam kolam mereka.

membela-ikan-nyamuk

6. Terdapat juga alternatif lain yang telah dibuktikan secara saintifik:

  • Ekstrak limau nipis digosok pada kulit dengan sedikit vanilin (ekstrak vanila)
  • Pelargonium radula atau pokok geranium diletak di dalam rumah
  • Minyak bunga cengkih digosok pada kulit

Harus diingatkan, kebanyakan kajian mengenai penghalau nyamuk yang berasaskan tumbuhan melaporkan bahawa keberkesanannya adalah berdasarkan penggunaan ekstrak tumbuhan tersebut dan bukan keseluruhan pokoknya.

Tidak kira alat, peranti atau ciptaan mana yang anda guna di rumah, pastikan anda mengamalkan juga langkah-langkah pencegahan berikut:

  • Guna lingkaran ubat nyamuk, penghalau atau semburan nyamuk apabila perlu
  • Elakkan aktiviti luar pada waktu nyamuk paling aktif (iaitu 5.30-8.30 pagi dan 5.30-8.00 malam)
  • Pakai baju lengan panjang dan seluar berwarna terang apabila keluar
  • Pasang jaring nyamuk di tingkap
  • Hapuskan tempat pembiakan nyamuk (contohnya, pasu terdedah, besen atau bekas lain yang boleh menakung air)
  • Taburkan serbuk Abate ke dalam tempat takungan air seperti kolam atau baldi yang terdedah

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen