Pengasuhan Positif

Memahami Keguguran

Sama ada anda pernah mengalami, bimbang anda mungkin mengalaminya, atau mengenali seseorang yang pernah keguguran, memahami mengenai keguguran boleh membantu anda lebih bersedia menghadapinya.

Risiko keguguran adalah lebih tinggi dalam kalangan wanita:

  • yang berusia 35-45 tahun: peluang keguguran ialah 20-35%
  • usia melebihi 45: peluang keguguran ialah 50%
  • menghidapi masalah kesihatan: diabetes tidak terkawal, keabnormalan hormon, jangkitan virus, masalah serviks atau rahim dan penyakit tiroid.

Keguguran ialah kehilangan janin secara spontan sebelum minggu ke 20 kehamilan dan dipanggil bayi yang lahir mati jika berlaku selepas 20 minggu. Keguguran berlaku dalam 10-20% kehamilan.

Walaupun sains moden belum lagi dapat mengesahkan penyebab sebenarnya, kebanyakan keguguran disebabkan oleh masalah kromosom (>50%) yang tidak membenarkan bayi membesar dengan normal. Kerap kali, masalah ini tiada kaitan dengan genetik ibu bapa.

Mitos Mengenai Keguguran

Senaman secara sederhana, hubungan kelamin, stres dan kerja rumah atau kerja di pejabat yang biasa menyebabkan keguguran.

Tanda-Tanda Dan Simptom

Terdapat beberapa simptom keguguran yang lazim, sebahagian besar biasa dialami dalam kebanyakan kehamilan normal. Maka adalah penting untuk mendapat pengesahan pakar ginekologi dahulu sebelum membuat sebarang andaian. Simptom-simptom termasuk:

  • Banyak tompokan darah atau pendarahan daripada faraj
  • Kesakitan yang luar biasa atau kekejangan di abdomen atau bahagian bawah belakang anda
  • Terdapat cecair atau tisu yang mengalir keluar dari faraj anda

Jika doktor anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa anda berisiko untuk keguguran, anda mungkin disaran untuk berehat di atas katil, menghadkan aktiviti, dan mengelak daripada hubungan kelamin sehingga simptom-simptom tersebut hilang.

Mendiagnosis Masalahnya

Lazimnya, imbasan ultrasound diguna untuk menentukan sama anda masih hamil atau anda telah mengalami keguguran. Pemeriksaan pelvik juga mungkin dilakukan di mana doktor akan memeriksa samada terdapat pengembangan serviks atau membran pecah yang memberi indikasi bahawa keguguran mungkin telah berlaku.

Rawatan

Jika pengguguran tidak sempurna, anda mungkin memerlukan rawatan untuk menghentikan pendarahan dan mencegah jangkitan. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara:

  • Tunggu 7-14 hari selepas keguguran untuk tisu keluar dengan sendiri.
  • Dilatasi dan kuretaj atau sedutan vakum membersihkan uterus daripada tisu-tisu. Pembedahan tersebut adalah rawatan yang paling cepat bagi mengeluarkan janin selepas berlaku keguguran.

Pilihan rawatan selalunya bergantung kepada keterukan keguguran anda dan simptomnya. Berbincang dengan doktor anda tentang pilihan yang sesuai untuk anda.

Soalan kerap ditanya

Berapa lama sebelum saya boleh cuba untuk hamil semula?

Kebanyakan wanita akan mendapat haid semula dalam tempoh 4-6 minggu selepas keguguran. Terdapat doktor yang menasihatkan untuk tunggu lebih lama untuk memberi masa yang mencukupi bagi pemulihan fizikal dan juga emosi.

Bolehkah saya mencegah keguguran?

Ia banyak bergantung kepada sebab keguguran itu berlaku. Namun, keabnormalan kromosom – penyebab keguguran utama – berlaku di luar kawalan sesiapa. Cara terbaik adalah untuk menjalani gaya hidup yang sihat, teruskan penjagaan pranatal yang tetap, dan elakkan faktor risikonya.

Miscarriage can be a very upsetting experience for parents considering the time, effort, love, and hope that went into conceiving a child in the first place. Healing does not mean forgetting, so give yourself some time to grieve the loss of your pregnancy, and seek help and support from loved ones.

Apakah peluang saya untuk gugur semula?

Anda mempunyai peluang yang tinggi sedikit untuk keguguran berbanding wanita yang tidak pernah gugur. Namun, bilangan keguguran tidak seharusnya mematahkan semangat anda daripada terus mencuba; peluang anda untuk berjaya masih lebih tinggi dari kebarangkalian anda untuk gugur!

Keguguran boleh menjadi satu pengalaman yang menyedihkan bagi ibu bapa memandangkan masa, usaha, kasih sayang, dan harapan yang telah dicurahkan untuk mendapat seorang anak. Pemulihan bukan bermaksud untuk melupakan, beri diri anda masa untuk bersedih atas kehilangan kehamilan anda, dan dapatkan bantuan dan sokongan daripada orang tersayang.

Pastikan anda bersedia dari segi fizikal dan emosi sebelum mencuba semula. Yakinlah bahawa wanita yang mengalami keguguran, walaupun keguguran yang berulang, boleh terus mendapat bayi yang sihat sempurna.

Dengan kerjasama Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen