Mengapa seseorang itu perlu berkongsi?
Mengapa perlu mengajar kanak-kanak untuk berkongsi? Salah satu sebab utama ialah perkongsian membina hubungan yang dapat membantu membina kasih sayang, hormat dan memahami antara satu sama lain.
Apabila anda berkongsi sesuatu dengan seseorang, secara automatiknya kewujudan dan keperluan berlaku dan ini biasanya ditafsirkan sebagai rasa hormat sesama mereka. Apabila seseorang itu berasa dihormati mereka juga lebih cenderung untuk berinteraksi bersama walaupun pada kanak-kanak. Anda juga dapat membina kepercayaan dan kemakmuran yang sangat penting untuk memelihara kesejahteraan kita.
Oleh itu, perkongsian adalah salah satu aspek utama hubungan yang harmoni, dan mudah disuaikan bukan hanya sesama manusia malah kepada haiwan. Di sini kita perhatikan bahawa perkongsian adalah kemahiran yang sangat penting dan diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Jadi bagaimana kita mengajar anak-anak untuk berkongsi?
Cara-cara untuk mengajar anak secara berkongsi:
- Melalui pendedahan berulang.
- Melalui akibat tindakan / tingkah laku.
- Secara kaitan.
Perkongsian Tingkah Laku Dihadapan Anak-anak Anda
Dengan menggunakan peribahasa ‘bapa borek anak rintik’, ini adalah kerana anda adalah orang dewasa dan kanak-kanak cenderung untuk meniru gaya orang dewasa, serta tindakan perkongsian yang mungkin akan dicontohi oleh anak anda. Perkongsian tingkah laku bukan hanya ketika bermain atau makan malam tetapi dalam aspek kehidupan harian.
Ganjaran Perkongsian
Selain itu, apa yang boleh anda lakukan adalah memastikan bahawa tingkah laku perkongsian anda dengan orang lain hendaklah diberi ganjaran dengan hasil yang setimpal dari segi sosial masyarakat yang kita alami. Sebagai contoh, apabila seseorang berkongsi sesuatu dengan anda, cuba nyatakan kegembiraan anda dan berterima kasih kepadanya. Lakukan perkara yang sama kepada anak anda dengan memujinya apabila mereka berkongsi apa-apa dengan orang lain.
Berkongsi Kegembiraan
Ini menunjukkan bahawa perkongsian membawa kesan yang baik kepada seseorang yang pemurah hati. Ia dapat mengajar anak anda bahawa seseorang yang pemurah hati bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada penerima malah juga kepada pemberi. Anda boleh mengukuhkan perasaan belas kasihan dengan mengajar anak anda bahawa membawa kebahagiaan kepada orang lain akan turut membawa kegembiraan dalam diri kita.
Kesan Riak
Anak anda belajar untuk mengingati detik-detik kegembiraan dalam kehidupan mereka pada usia yang muda dengan berkongsi kebahagiaan orang lain. Anda juga boleh mengajar mereka bahawa ketika orang lain bergembira dengan kemurahan hati anda, mereka akan berbuat baik untuk anda, oleh itu lebih cenderung untuk melindungi anda daripada bahaya kerana mereka menghargai anda.
Setelah perkongsian menjadi kerap dan semakin baik, anak anda akan mempunyai perasaan yang menyenangkan apabila perkongsian terlibat. Ini mendorong anak anda untuk berkongsi lebih kerap dengan mainan, atau barang-barang lain yang mereka miliki.
Umpama Peribahasa ‘Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah.’
Satu lagi sebab mengapa perkongsian itu penting adalah kerana kita tidak boleh selalu menyembuh, tetapi kita boleh sentiasa mengambil berat. Oleh itu, mengajar anak anda untuk mengambil berat atau prihatin terhadap orang lain akan membuatkan dia menjadi seseorang yang amat berharga.
Seperti yang dinyatakan, perkongsian adalah suatu nilai yang dapat memupuk rasa selamat serta tanggapan disayangi dengan secukupnya. Oleh itu, ia termasuk dalam idea persahabatan. Sekiranya anak anda berkongsi dengan baik, anda tidak perlu bimbang bahawa dia tidak mempunyai sahabat.
Berbuat baik dibalas baik
Sesetengah orang berpendapat bahawa anda mungkin kehilangan sesuatu yang berharga jika anda berkongsi terlalu banyak. Pendapat itu tidak tepat sekiranya anda berkongsi dengan bijak dan hormat, serta juga memilih sahabat dengan baik. Jika orang lain mengambil kesempatan terhadap anak anda, anda boleh mengajar anak anda supaya belajar dari kesilapan dan dapat membantulah mereka dengan mengingatkan mereka untuk memilih kawan yang lebih bijak.
Seseorang yang mempunyai sikap yang pemurah hati serta suka berkongsi bersikap positif serta penuh dengan kemanfaatan dan kelebihan. Ia membawa kesan kepada masyarakat dan mengurangkan perasaan cemburu, persaingan yang tidak sihat atau niat untuk mencuri.
Perkongsian membawa keharmonian dan ia adalah asas penting bagi pembangunan konsep keadilan, keprihatinan, dan kerjasama dalam interaksi manusia. Jadi, ajarlah anak anda supaya berkongsi untuk masa hadapan yang lebih baik dan penuh harmoni.
Dengan kerjasama Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia.
Komen