Pengasuhan Positif

Rokok Electronik dan Anak Anda

Kajian semasa menunjukkan bahawa wap rokok elektronik bukan terdiri daripada air semata-mata seperti yang kerap diakui dalam pemasaran produk-produk tersebut.

Rokok elektronik kelihatan dan direka bentuk untuk meniru pengalaman merokok rokok sebenar – tanpa perlu pembakaran tembakau. Sehingga kini, pasaran rokok elektronik (atau e-rokok) mencecah sekitar $3 billion dalam di seluruh dunia dengan lebih daripada 400 jenama sejak ia mula diperkenalkan dalam tahun 2005.

E-Rokok : Apa kandungannya?

Bahan utama yang menyebabkan ketagihan di dalam rokok tembakau ialah nikotina. Ramai perokok tidak dapat berhenti merokok kerana ketagihan nikotina. Untuk membantu mengurangkan kesan buruk tembakau, pengeluar e-rokok telah membuat akuan bahawa e-rokok dapat menghasilkan wap nikotina dalam pelbagai kepekatan tanpa menggunakan bahan bakar yang menyebabkan kesan bahaya merokok.

kandungan-e-rokok

Walau bagaimanapun, pelbagai bahan kimia dan partikel yang sangat halus dan beracun, karsinogenik dan diketahui penyebab penyakit respiratori dan jantung telah dikenalpasti di dalam e rokok dan boleh mengancam kesihatan.

Vaping ialah penggunaan atau merujuk kepada pengewapan dan inhalasi e-rokok. Vaper ialah pengguna e-rokok.

Di Antara Dua Keburukan

Beberapa kajian mendakwa bahawa peranti (e-rokok) tersebut membantu perokok untuk berhenti merokok, manakala kajian lain pula mencadangkan bahawa e-rokok mungkin menggalakkan seseorang untuk mula merokok dan adakalanya menggalakkan penggunaan kedua-duanya sekali. Ia merupakan satu perdebatan yang hangat dan terdapat kebenaran pada hujah di kedua-dua belah pihak.

Namun, kenyataan pendirian telah dibuat di Forum Kebangsaan Persatuan Respiratori pada 2014 yang tegas menentang pengeluaran dan penggunaan e-rokok tanpa kawalan. Pendirian mereka disokong oleh pelbagai agensi bereputasi lain seperti Persatuan Torasik Amerika Syarikat, Persatuan Respiratori Asia Pasifik, Persatuan Respiratori Eropah, Kesatuan Antarabangsa Terhadap Tuberkulosis dan Penyakit Paru-Paru dan Akademi Pediatrik Amerika Syarikat.

Begitu juga dengan WHO yang berpendirian bahawa; e-rokok memerlukan kawalan sejagat demi kepentingan kesihatan awam kerana tiada bukti yang mencukupi untuk merumuskan bahawa e-rokok membantu pengguna berhenti merokok.

Trend yang Mencemaskan

Di kebanyakan negara, penggunaan e-rokok oleh remaja telah meningkat dua kali ganda dari 2008 hingga 2012. Di Korea, penggunaan e-rokok dalam kalangan remaja yang tidak pernah merokok sebelumnya meningkat dari 0.5% dalam tahun 2008 ke 9.4% pada tahun 2011 dan di Amerika Syarikat ia meningkat dari 3.3% pada tahun 2011 ke 6.8% pada tahun 2012.

e-cigarettes-colorful

Beberapa e-rokok mempunyai perisa gula-gula dan penyalut yang menarik, yang membuat ia menarik kepada kanak-kanak dan remaja. Selain itu, tidak terdapat bau seperti tembakau yang berpanjangan. Maka semakin sukar untuk ibu bapa mengetahui jika anak mereka sedang vaping. Oleh itu, anda perlu lebih berwaspada dan letakkan peraturan serta batasan sewajarnya. Jangan lupa mengamalkan apa yang telah anda perkatakan.

Kesimpulannya

Pihak berkuasa kesihatan tempatan, organisasi perubatan dan profesional di Malaysia sebulat suara bersetuju bahawa e-rokok tidak seharusnya mendahului pilihan rawatan perubatan berhenti merokok yang sedia ada (i.e. terapi gantian nikotina atau kaunseling professional).

Sehingga terdapat bukti lebih kukuh untuk menyokong keberkesanan dan keselamatan penggunaannya, e-rokok tidak boleh disyorkan. Jika anda seorang perokok e-rokok, sekurangkurangnya cuba menahan diri daripada vaping berdekatan atau sekitar anak-anak anda serta orang awam lain. Anda harus bertimbang rasa dan amalkan tata tertib merokok seperti-mana seorang perokok tembakau.

Harga Berbaloi, Kesihatan Tergadai

E-rokok-dijual secara terbuka dan mampu dibeli walaupun oleh remaja – ada yang dijual pada harga hanya RM50 setiap satu. Sebotol nikotina sebaliknya, hanya berharga RM10 dan boleh bertahan selama sebulan bergantung kepada penggunaannya.

Dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen