Pengasuhan Positif

Popia Pisang Mentega Kacang

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 4 orang)

  • 4 keping pembalut popia, dikukus (lebih baik gunakan yang basah)
  • 200 g (2 biji) pisang, dibelah dua
  • 50 g (3 sudu makan) mentega kacang
  • 30 ml (2 sudu makan) madu
  • 30 g (1 sudu makan) kacang tanah, ditumbuk
  • 2.5 g (1 sudu teh) tepung jagung, dicampur air

Cara Memasak:

  1. Letakkan pisang di tengah-tengah pembalut.
  2. Sapukan mentega kacang di atas pisang.
  3. Tambahkan sedikit madu di atas mentega kacang, diikuti dengan kacang tanah yang ditumbuk.
  4. Gulung pembalut tersebut.
  5. Seterusnya sapukan tepung jagung pada penutup lipatan untuk menguatkan balutan. Simpan di dalam beg plastic dan sejuk bekukan untuk semalaman (sekurang-kurangnya 4 jam untuk memastikan pisang benar-benar beku).
  6. Potong mengikut saiz disukai dan hidangkan semasa sejuk.

Young chef ’s role

Kupas kulit pisang dan potong pisang, menyalut pisang dengan mentega kacang dan menggulung kulit popia

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori 261 kcal
Karbohidrat 35.2
Protein 8.8 g
Lemak 9.4 g

An educational collaboration with Nutrition Society of Malaysia

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen