Pengasuhan Positif

Jejari Ayam Rangup

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 5 – 6 orang)

  • 350 g daging ayam, dibuang kulit dan tulang
  • 200 g (2 cawan) emping jagung, dihancurkan
  • 1 biji telur, dipukul perlahan
  • 16 g (1 sudu besar) mustard
  • 1 sudu teh madu
  • Sedikit tepung gandum
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Sos cili atau tomato (ikut pilihan)

Cara Memasak:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 230°C. Potong ayam menjadi jejari sepanjang 4 inci. Saluti jejari ayam tersebut dengan tepung.
  2. Di dalam mangkuk, campurkan telur, madu, garam dan mustard. Di dalam mangkuk yang lain, gaulkan emping jagung bersama lada sulah.
  3. Celupkan jejari ayam ke dalam campuran telur. Kemudian, masukkan jejari ayam tadi ke dalam campuran empingan jagung dan sadurkan dengan rata. Susun jejari ayam di atas dulang pembakar yang diletakkan pelapik kertas.
  4. Bakar dalam ketuhar selama 12 minit, atau sehingga jejari ayam menjadi kuning keemasan.
  5. Hidangkan bersama sos cili atau tomato.

Tugas Chef Cilik

Menyusun jejari ayam di atas dulang pembakar dan menyalut ayam dengan serbuk emping jagung

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori 208 kcal
Karbohidrat 29.7 g
Protein 16.3 g
Lemak 2.7 g

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen