Pengasuhan Positif

Vaksinasi Kanak-kanak: Panduan Buat Ibu Bapa Muda

Pada peringkat awal kehidupan, anak anda akan mudah mendapat pelbagai jangkitan bakteria dan virus yang boleh menjejaskan organ-organ penting dan fungsi tubuh. Ada di antara beberapa patogen tersebut hanya menyebabkan komplikasi sederhana manakala yang lain mungkin menjadi teruk jika tidak dirawat. Walau bagaimanapun, badan kita sememangnya mampu menghasilkan antibodi untuk menentang serangan organisma asing. Namun begitu, sistem imun kanak-kanak yang rapuh dan masih belum berkembang sepenuhnya mungkin tidak mampu menghasilkan cukup antibodi ini pada masa yang tepat untuk melawan jangkitan, malah sesetengah jangkitan bertindak lebih pantas daripada yang lain. Akibatnya, mereka perlu menanggung penderitaan daripada gejala tersebut yang mungkin boleh berakhir dengan hilang keupayaan kekal atau kematian. Suntikan vaksin merupakan produk yang mengandungi ejen jangkitan atau antigen lemah yang membantu anak anda untuk membentuk imuniti tanpa dijangkiti penyakit tersebut.

Apa Itu Vaksin dan bagaimana ia bertindak?

Secara ringkasnya, vaksin memberi imuniti awal manakala pemvaksinan adalah proses memasukkan vaksin ke dalam badan yang boleh dilakukan melalui suntikan, dimakan, atau melalui aerosol penyedutan. Vaksin mengandungi patogen-patogen yang lemah, mati (atau patogen hidup yang dilemahkan) yang apabila dimasukkan ke dalam badan akan mencetuskan tindak balas keimunan. Patogen yang tidak berupaya ini hanya berfungsi untuk merangsang tindak balas imun sedangkan ia sendiri tidak boleh menyebabkan sebarang kesan yang memudaratkan kesihatan. Antibodi-antibodi yang dihasilkan akan kekal di dalam badan dan akan melindunginya daripada jangkitan di masa hadapan melalui tindakan sel-sel ingatan.

Selamat, Terbukti dan Berkesan

Vaksin yang dikenali sebagai salah satu alat yang terbaik dalam senjata kesihatan awam, menjanjikan perlindungan bagi anak anda terhadap pelbagai penyakit yang berjangkit. Banyak kajian komprehensif dijalankan untuk menguji keselamatan dan keberkesanan vaksin. Penyelidikan dan pembangunannya sering dilakukan di bawah kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang ketat dan terkini yang ditetapkan dan dipantau oleh pihak berkuasa kesihatan yang bertanggungjawab (iaitu Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit [CDC] dan US Food and Drug Administration [FDA]). Bertahun-tahun lamanya, beribu sukarelawan dan berdekad pengawasan dilakukan untuk memastikan bahawa setiap vaksin, sama ada wajib atau pilihan, adalah selamat dan berkesan bagi anak anda.

Fasa-fasa pembangunan klinikal untuk sebarang jenis vaksin adalah:

  • Fasa I – melibatkan sekumpulan kecil individu diberikan vaksin yang sedang diuji.
  • Fasa II – melibatkan kumpulan yang lebih besar yang melibatkan individu dengan ciri-ciri yang sama
    dengan kepada siapa vaksin tersebut ditujukan.
  • Fasa III – diberikan kepada beribu-ribu individu dan diuji keberkesanan dan keselamatannya.
  • Fasa IV – kajian dan pemantauan yang berterusan selepas vaksin diluluskan dan diberikan lesen.

*semak CDC ‘Perjalanan Vaksin Anak Anda’ untuk maklumat yang lebih lanjut. *

Benar bahawa terdapat beberapa kes kesan sampingan vaksin yang buruk, tetapi ia adalah kes yang ringan, terpencil, tidak kekal lama dan kebanyakannya adalah kebetulan. Dibandingkan pula dengan manfaat kesihatan yang amat besar daripada imunisasi, ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

  • Mencegah penyakit berjangkit yang boleh membawa maut.
  • Mencegah gejala penyakit yang boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.
  • Pencegahan terhadap wabak dan penyakit epidemik.
  • Mengurangkan kos kesihatan yang harus dibayar apabila berurusan dengan penyakit yang sebenar setelah dijangkiti.
  • Memanjangkan jangka hayat.
  • Mencegah daripada menjadi terlebih bergantung kepada antibiotik dan mengurangkan risiko pembentukan rintangan antibiotik.

Adakah Ia Benar-Benar Berkesan?

Statistik tidak menipu, di Amerika Syarikat, seperti di kebanyakan negara-negara lain termasuk Malaysia, kes-kes seperti cacar, polio dan difteria semuanya telah dihapuskan. Di sesetengah negara, jangkitan kronik Hepatitis B pada kanak-kanak dan bayi jatuh serendah 1% daripada 10-15% yang dicatatkan sebelum ini selepas programprogram imunisasi dilaksanakan di seluruh dunia. Kes-kes polio telah menurun sebanyak lebih 99% sejak tahun 1988, daripada anggaran 350 000 kes itu kepada 406 kes yang dilaporkan pada 2013. Selain itu, vaksin Haemophilus influenzae jenis b (Hib) telah merekodkan 95% keberkesanan dalam pelbagai negara di seluruh dunia. Tambahan pula, pada tahun 2011, 123 negara telah memberi imunisasi kepada lebih 90% bayi daripada campak. Di antara tahun 2000 dan 2011, terdapat penurunan kematian akibat campak sebanyak 71% di seluruh dunia. Begitu juga dengan kes-kes Japanese Encephalitis (JE) di Sarawak yang menurun dengan ketara selepas pengenalan vaksin Biken yang diwajibkan bagi kanak-kanak dari 1-2 tahun pada Julai 2001. Pengurangan tersebut adalah hasil daripada usaha pengimunisasian secara global untuk membasmi penyakit-penyakit yang berpotensi mengancam nyawa.

Kadar kegagalan fungsi vaksin adalah sekitar 10% dan sesetengah kanak-kanak mungkin tidak bertindak balas dengan baik terhadap pemvaksinan awal, oleh kerana itu dos kedua atau ketiga dan dos tambahan diperlukan.

Program Imunisasi Kebangsaan (PIK) Negara

Setiap negara mempunyai program imunisasinya tersendiri dan senarai vaksin dalam setiap pelan mungkin berbeza mengikut kemampuan negara tersebut memberi subsidi. Ya, vaksin imunisasi yang ditetapkan di bawah PIK adalah percuma di semua hospital awam. WHO mempunyai senarai vaksinasi rutin yang disyorkan bagi kanak-kanak yang boleh digunakan negara-negara sebagai panduan. Sehingga Mei 2014, senarai vaksinasi dalam PIK negara sering dikemas kini dan melebihi daripada yang disyorkan oleh WHO.

vaksinasi-wajib

Cuba kita lihat Pneumonia, satu penyakit lazim yang menjangkiti antara 28 – 39% kanak-kanak di bawah umur 5 tahun dan penyakit keempat tertinggi yang menjadi punca kematian kanak-kanak di Malaysia. Walaupun berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan, ramai ibubapa tidak mahu mendapatkan suntikan vaksin untuk menghadapinya. Turut dikesali bahawa vaksin konjugat pneumokokal (PCV) masih belum diterima pakai di dalam PIK. Bagaimanapun, jika anda berminat, anda boleh mendapatkan suntikan vaksin tersebut untuk anak anda dengan vaksin-vaksin pilihan lain di mana-mana pusat jagaan kesihatan swasta yang menyediakannya. Dapatkan nasihat pakar pediatrik anda untuk saranan atau nasihat.

pengenalan-vaksinasi-wajib

vaksin-gabungan

Vaksin Baru: Denggi

dengue-mosquito

Malaysia telah lama lemas dalam kes-kes yang dibawa oleh nyamuk dan denggi yang merupakan masalah besar kepada negara. Kanak-kanak pula telah menjadi kumpulan yang paling utama dijangkiti. Walaupun belum terdapat vaksin denggi berlesen di pasaran, ada yang sedang dibangunkan. WHO dalam terbitan terbarunya pada Julai lepas menyatakan bahawa calon vaksin di peringkat pembangunan klinikal yang paling maju ialah vaksin denggi tetravalen hidup dilemahkan, yang dibangunkan oleh Sanofi Pasteur (CYDTDV), yang berada di bawah penilaian dalam fasa III kajian klinikal. Jika semua berjalan lancar, kita boleh menjangkakan vaksin tersebut boleh didapati secara komersial dalam masa beberapa tahun lagi.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen