Pengasuhan Positif

Pneumonia dari Komuniti: Adakah anak anda telah dijangkiti?

Punca Masalah

Pneumonia Perolehan Komuniti juga merupakan salah satu jenis jangkitan serius dalam kalangan kanak-kanak dan yang disebabkan oleh beberapa microb patogenik yang berbeza.

  • Streptococcus pneumoniae, iaitu patogen utama dalam CAP menjelaskan anggaran dua per tiga daripada kesemua kes pneumonia bakteremia dan penyebab paling lazim CAP dalam kalangan bayi berumur di antara 3 minggu hingga 3 bulan. Ia lazimnya mempunyai simptom serupa dengan simptom selesema biasa atau influenza.
  • Organisma seakan-akan bakteria, seperti Mycoplasma pneumoniae mengakibatkan “Pneumonia berjalan atau Walking pneumonia”, istilah yang digunakan disebabkan kesannya yang ringan dan tidak memerlukan rehat. Ia lebih lazim dalam kalangan kanak-kanak berumur lebih dari 5 tahun dan remaja. Di negara-negara seperti Amerika Syarikat, ia kerap berlaku pada musim panas atau luruh.
  • Virus, khususnya virus sinsitium respiratori (RSV), merupakan penyebab utama pneumonia dalam kalangan kanak-kanak berumur lebih dari 4 bulan, dan kurang dari 2 tahun namun kesannya ringan kecuali jika kanak-kanak tersebut menghidap penyakit jantung atau penyakit utama lain.han 2 yearsold but its effects are usually mild unless the child has a heart disease or underlying illness.
  • Kulat terdapat di tanah dan najis burung atau di dalam bilik tidur kanak-kanak. Pneumonia jenis ini paling biasa terjadi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak yang menghidapi penyakit lain (seperti asma, diabetes, obesiti, penyakit jantung) atau sistem keimunan lemah (HIV/AIDS) dan dalam kalangan mereka yang terhidu banyak organisma ini (di dalam bilik yang kurang pengudaraan, rumah yang sesak).

Pneumonia dalam kalangan bayi berumur kurang dari tiga minggu paling kerap disebabkan oleh jangkitan yang diperoleh daripada ibu ketika lahir.

Dapatkan Maklumat

Ciri-ciri klinikal pneumonia paling ketara dalam kalangan kanak-kanak, sama ada diperoleh daripada komuniti – atau hospital ialah demam, dan satu atau lebih daripada yang berikut – kadar pernafasan yang laju, batuk, hidung kembang kuncup, retraksi otot rusuk, kurang bunyi bernafas, atau sesak nafas.

Simptom-simptom lain termasuk:

  • Nafas berbunyi
  • Muntah-muntah, sakit kepala
  • Sakit dada, sakit abdomen
  • Kurang aktif, kelesuan, kelemahan fizikal
  • Hilang selera makan (dalam kalangan kanak-kanak lebih besar) atau kurang menyusu (dalam kalangan bayi) yang boleh menyebabkan dehidrasi

Anak anda mungkin lebih mudah dijangkiti CAP jika mereka:

  • Terdedah secara tetap and berpanjangan kepada asap sekunder dari perokok, pembakaran terbuka, pencemaran udara atau bahan iritasi.
  • Menghidapi penyakit kronik seperti asma, penyakit jantung kongenital (CHD), jangkitan saluran pernafasan yang berulang, otitis media akut (jangkitan telinga tengah), dll.
  • Menghidapi sistem keimunan yang lemah akibat HIV/AIDS, kemoterapi dan ubat-ubatan yang berkaitan, penggunaan ubat steroid berpanjangan, serta pemindahan organ.

Menarik Nafas Lega

Bayi berumur di antara 3 minggu dan 3 bulan harus segera dibawa ke hospital jika terdapat tanda-tanda sukar bernafas seperti kadar pernafasan yang laju atau sesak nafas. Mereka akan diberi antibiotik dan perlu dipantau rapi. Selain itu, kanak-kanak pra sekolah yang lazimnya dijangkiti CAP yang disebabkan oleh virus, akan diberi antibiotik oleh doktor tetapi garis panduan membenarkan doktor untuk melengahkan rawatan jika mengesyaki agen virus dan tindak susul rapi boleh dipastikan.

CAP yang biasa dan lebih ringan boleh dirawat di rumah dengan bantuan antibiotik. Anda juga boleh membantu melegakan kesakitan anak anda dengan:

  • memastikan anak anda memperoleh rehat yang secukupnya.
  • menggunakan alat pelembap udara dan bernafas/menghirup wap panas
  • membantu dia menarik nafas panjang dan tenang setiap 1-2 jam.
  • banyak meminum air, jus, atau sebarang cecair.
  • minum sekurang-kurangnya 6-10 cawan air sehari.
  • memastikan kebersihan persekitaran – tiada asap rokok, pencemaran dalam dan luar rumah, habuk, karpet tebal, dll.

Kompleks ‘Super Bug’

Bagi kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi CAP, tidak sukar untuk mengenal pasti organisma penyebabnya. Rawatan bagi CAP adalah penting tetapi mengetahui penye bab khusus pneumomia bakteria mengikut umur akan membantu terapi antibiotik. Namun, berdasarkan strain baru yang rintang terhadap antibiotik, juga dinamakan ‘Super Bug’, polisi penggunaan antibiotik yang terhad telah dilaksanakan.

sindrom pernafasan yang akut (SARS) yang baru dan Middle East respiratory syndrome (MERS) telah memberi cabaran kepada pengendalian bersesuaian bagi jangkitan-jangkitan tersebut. Kajian menunjukkan bahawa S. pneumoniae yang rintang kepada antibiotik semakin prevalen di seluruh dunia terutama terhadap penisilin dan mikrolida (erythromycin, azithromycin dan clarithromycin). Ia juga menjadi kebimbangan bagi pesakit yang pernah mendapat terapi antibiotik, khususnya dalam tempoh tiga bulan sebelum menghidap pneumoniaPesakit-pesakit tersebut perlu menerima ubat jenis lain yang berbeza kelas (lazimnya antibiotik beta laktam oral) daripada yang terdahulu bagi mengurangkan risiko rintangan pneumokokal. Ibu bapa harus sentiasa menyedari tanda-tanda dan simptom-simptom CAP pada anak mereka dan mengambil tindakan untuk mengatasi isu tersebut dengan segera.

CAP: Pneumomia yang diperoleh daripada komuniti

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen