Pengasuhan Positif

Makanan Mesra Usus

Apakah itu probiotik?

Ia merujuk kepada jenis-jenis bakteria yang bermanfaat yang terdapat di dalam makanan, apabila ianya dihadam, akan memberi anda manfaat kesihatan. Sumber probiotik termasuk yoghurt, tempe, sup miso dan lain-lain.

Apakah itu prebiotik?

Ia adalah karbohidrat yang tidak boleh dihadam yang kekal di dalam saluran penghadaman di mana ia merangsang pertumbuhan bakteria baik. Secara ringkas, prebiotik adalah “makanan” bagi bakteria baik. Sumber prebiotik termasuk buah, kekacang, dan bijirin penuh.

Tahukah anda bahawa tubuh kita mempunyai berbilion-bilion mikroorganisma yang tinggal di atas kulit, dalam mulut, serta saluran gastrousus pada satu-satu masa? Mikroorganisma tersebut biasanya hidup secara harmoni (simbiosis) di dalam badan anda atau lebih tepat lagi di persekitaran gastrousus yang merangkumi mikroflora serta gugusan mikroorganisma lain. Mereka memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan penghadaman anda berada dalam keadaan yang sihat dan baik.

Gastrousus anda perlu bekerja kuat setiap hari untuk menyerap nutrien-nutrien ke dalam badan dan pada masa yang sama juga memastikan toksin, bakteria berbahaya serta virus dapat dihapuskan. Di sinilah mikroflora usus anda memainkan peranannya menguraikan makanan yang anda makan dan juga membantu tubuh anda menghadam serat dan karbohidrat. Mikroflora usus anda biasanya terdiri daripada campuran kedua-dua bakteria baik dan bakteria berbahaya. Salah satu cara bagi memastikan keseimbangan diantara keduanya sihat (80% bakteria baik: 20% bakteria berbahaya) adalah melalui pengambilan suplemen pre- atau probiotik.

Bukan perkara baru

Kedua-dua prebiotik dan probiotik merupakan komponen yang terkandung di dalam sesetengah makanan, atau ia mungkin ditambah dan digabungkan ke dalam makanan, apapun kedua-duanya memberi anda manfaat kesihatan disebabkan interaksinya dengan sistem gastrousus anda. Walaupun manfaat prebiotik baru sahaja mula disedari berbanding probiotik, kesannya telah diiktiraf sejak kurun ke-19 lagi apabila saintis Perancis Louis Pasteur (1822 –1895) membuat kesimpulan tentang kepentingan mikroorganisma dalam kehidupan manusia. Ini diperkukuhkan lagi oleh penyelidkan yang dilakukan oleh pemenang Anugerah Nobel 1908, Elie Metchnikoff.

Manfaat probiotik :

  1. Membantu mencegah kejadian cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan rotavirus atau tindakbalas antibiotik. Jika pun ia berlaku, tempohnya berkurang.
  2. Mengurangkan masalah ketidakhadaman laktosa.
  3. Mengurangkan kuantiti enzim yang boleh merangsang kanser, dan metabolit pereputan (bakteria) di dalam usus.
  4. Membantu mencegah dan mengurangkan masalah gastrousus dalam kalangan mereka yang sihat.
  5. Membantu dalam pembentukan najis “normal” dalam kalangan mereka yang menghidap masalah sembelit atau keradangan usus.
  6. Penambahbaikan sistem imunisasi tubuh badan dan seterusnya membantu mencegah daripada jangkitan.
  7. Improves your body’s immune system by preventing infections.

Faktor penting yang perlu diberi perhatian

While prebiotics and probiotics play an important role in helping you maintain good digestive health, you should also adhere to the following:

30856735_l

  1. Kekalkan gaya hidup aktif dan sihat berserta diet yang seimbang.. Kedua-duanya merupakan asas bagi penghadaman yang sihat.
  2. Makan secara sederhana! Jika terdapat sebarang kesan sampingan atau ketidaktentuan, dapatkan nasihat doktor dengan segera. Ketidakhadaman laktosa (laktosa boleh didapati di dalam susu berkultur) adalah salah satu kesan sampingan yang mungkin berlaku.
  3. Pengambilan serat yang berlebihan kadangkala boleh menyebabkan kembung atau sembelit.
  4. Prebiotik dan probiotik juga terdapat dalam bentuk suplemen. Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat doktor sebelum anda mula mengambilnya.
  5. Kesihatan penghadaman yang baik membawa kepada kehidupan yang sihat dan produktif, serta hati yang tenang. Sebaliknya jika anda kerap menghadapi masalah penghadaman (seperti sakit perut), perkara sebaliknya akan berlaku dan anda mungkin tidak dapat menikmati kehidupan seperti biasa akibat gangguan dan ketidakselesaan.

Sumbangan daripada Lembaga Penasihat Kesihatan Penghadaman.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen