Pengasuhan Positif

Apakah itu Hepatitis A?

Fakta Hepatitis A

  • A contagious, rarely fatal liver disease brought about by the Hepatitis A virus.
  • Penyakit hati yang mudah berjangkit biasanya
    disebabkan oleh virus Hepatitis A namun jarang
    membawa maut.
  • Anggaran kes: 1.4 juta setiap tahun di seluruh dunia.
  • Ia disebabkan kekurangan air bersih, kurang menjaga
    kebersihan dan tidak peka terhadap kebersihan diri.
  • Pemulihan: beberapa minggu hingga beberapa bulan.
  • Komplikasi: Kegagalan hati akut.

Tanda & Simptom

  • Demam, lesu dan tiada selera makan, cirit birit, loya, perut tidak selesa, air kencing berwarna gelap dan jaundis.
  • Kanak-kanak di bawah 6 tahun: lazimnya tiada simptom ketara dan hanya 10% akan menghidap jaundis.
  • Kanak-kanak yang lebih besar & orang dewasa: simptom lebih teruk dan 70% akan mendapat jaundis.

Bagaimana anda dijangkiti?

  • Mengambil makanan yang dicemari najis contohnya, kerang/ kerang-kerangan yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Sentuhan antara individu seperti berkongsi kemudahan yang sama, hubungan seksual dengan orang yang dijangkiti.n

makanan-lazim-dikaitkan-dengan-wabak-hepatitis-a

Mengapa sangat berbahaya?

Virus Hep A boleh hidup dalam persekitaran dan berkebolehan menentang proses penghasilan makanan yang digunakan untuk menyahaktif patogen bakteria.

Siapakah yang berisiko?

Amnya, sesiapa yang belum menerima vaksinasi atau pernah mendapat jangkitan akan mudah dijangkiti. Faktor lain yang menyumbang kepada risiko lebih tinggi termasuk kurang kebersihan, kurang air yang bersih, mengambil dadah secara intravena, terlibat dengan aktiviti seksual bersama orang yang dijangkiti, dan melawat ke tempat di mana Hep A tersebar luas tanpa menerima imunisasi akan meningkatkan risiko jangkitan. Jangkitan Hep A biasanya terjadi di negara-negara membangun di mana tahap kebersihannya rendah dan jangkitan berlaku sejak kecil.

Rawatan

Tiada rawatan khusus tetapi penjagaan diberi bagi membantu mengekalkan keselesaan pesakit sambil memastikan dia mendapat pemakanan dan penggantian cecair secukupnya akibat muntah dan cirit-birit. Tempoh pemulihan adalah berbeza dan boleh mengambil masa beberapa minggu atau beberapa bulan. Walaupun jangkitan tidak membawa kepada jangkitan kronik, 10-15% pesakit boleh mengalami simptom-simptom berulang dalam tempoh enam bulan setelah pulih.

Pencegahan adalah TERBAIK!

taburan-geografi-jangkitan-hepatitis-a

  1. Makan di premis bersih di mana terdapat amalan kebersihan yang sempurna.
  2. Sentiasa membasuh tangan anda: Simptom jangkitan Hep A dalam kanak-kanak di bawah umur 2 tahun selalunya tidak dapat dikenali. Ini membuat mereka sumber penyakit yang tidak diketahui Ibu bapa dan pengasuh harus membasuh tangan mereka dengan sempurna selepas menyalin lampin sebelum menyediakan atau mengendalikan makanan.
  3. Elak daripada mengambil kekerang mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna.
  4. Elak daripada mengambil salad sejuk yang telah lama dihidangkan di meja bufet.
  5. Dapatkan vaksinasi jika anda akan melawat ke tempat yang Keendemikan tinggi (di mana Hep A tersebar luas) kerana terdapat risiko tinggi jangkitan. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Malaysia diklasifikasikan sebagai kawasan ENDEMIK PERTENGAHAN; oleh itu dinasihati untuk pergi mendapatkan vaksinasi. CDC menyarankan agar mereka yang berisiko tinggi dan kanak-kanak berumur satu tahun turut diberi vaksinasi.

Vaksi Pencegahan

Satu dos vaksin boleh memberi perlindungan antibodi tahap tinggi kepada virus dalam tempoh satu bulan selepas menerima vaksinasi. Selain itu, satu dos vaksin boleh memberi perlindungan jika diberi dalam tempoh dua minggu setelah dijangkiti virus. Walaupun keberkesanan vaksin virus Hep A sangat menggalakkan, adalah lebih baik jika dua dos diberi bagi perlindungan jangka panjang sekitar lima hingga lapan tahun.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen