Pengasuhan Positif

Waktu Makan Yang Menyeronokkan

Para penyelidik di Universiti Cornell mendapati bahawa kanak-kanak memilih makanan mereka berdasarkan cara makanan dihidangkan di dalam pinggan. Apa yang kelihatan menarik kepada orang dewasa tidak semestinya memberi keseronokan yang sama kepada seorang kanak-kanak.

Menurut kajian tersebut, kanak-kanak lebih menyukai kepelbagaian dan secara purata mereka lebih suka tujuh jenis bahan di dalam pinggan mereka dengan enam warna yang berbeza. Sebaliknya, orang dewasa berpuas hati dengan hanya tiga warna yang berbeza. Faktor lain termasuk kedudukan pembuka selera dan bagaimana makanan diatur.

Bagaimana untuk menyeronokkan lagi waktu makan?

Berikut adalah satu contoh bagaimana untuk menghias hidangan anak anda. Masakan ini melibatkan 9 langkah yang mudah untuk membuat anak anda lebih menikmati hidangannya.

Langkah 1

Mula dengan lukisan mudah. Jadikanlah lukisan itu lebih ceria dan kreatif. Pada masa inilah imaginasi yang baik sangat membantu. Ia membosankan hanya jika anda berfikiran sedemikian, oleh itu belajarlah untuk menikmati proses ini.

food-sketch

Langkah 2

Potong brokoli menjadi saiz yang boleh digigit dan belah dua secara memanjang sebelum mengukusnya. Brokoli akan digunakan sebagai pokok. Anda boleh juga menggantikannya dengan sayur jenis lain yang disukai oleh anak anda. Ingatlah, matlamatnya adalah ‘kepelbagaian’.

Langkah 3

Bermain dengan bentuk dan warna sama penting untuk membuat sajian di dalam pinggan kelihatan menarik dan merangsang deria-deria anak anda. Cuba menggunakan kombinasi pelbagai warna dan bentuk. Contohnya, hidangan ini akan mengguna pemotong berbentuk bunga untuk membentuk lobak sebelum dikukus.

Langkah 4

Kanak-kanak sangat menggemari telur. Ia boleh digoreng, dimasak telur hancur, direbus atau digoreng ‘mata lembu’. Di sini kita akan memasak telur dadar berbentuk segi empat tepat, paling sesuai untuk memberi warna keemasan yang cerah dan menambah protein ke dalam hidangan.

Langkah 5

Potong isi dada ayam menjadi saiz yang boleh digigit dan perap dengan pemerap yang anda gemar dan ia boleh digoreng kilas, dipanggang atau dikukus. Kanak-kanak memang gemarkan daging, oleh itu pastikan anda menyediakan jumlah yang sewajarnya dan ia dimasak dengan cara yang sihat.

Langkah 6

Anak anda memerlukan karbohidrat untuk memberi tenaga. Anda boleh cuba beri roti, mi atau nasi. Apa yang kita akan lakukan ialah untuk membentuk nasi menjadi bola dan membuat muka menggunakan rumpai laut yang telah dipotong. Anda boleh menggunakan apa sahaja yang anda fikirkan sesuai, asalkan ianya sihat dan berkhasiat serta menyeronokkan dan menarik.

Langkah 7

Jika anak anda inginkan sesuatu yang manis selepas mengambil hidangan utama, cubalah kebab buah-buahan. Guna pelbagai jenis buah dengan warna yang berbeza dan cantumkan menggunakan cungkil gigi.

Langkah 8

Susun kesemua komponen hidangan yang anda teah sediakan di dalam pinggan mengikut gambar yang anda lukiskan tadi. Anda juga boleh menggunakan pinggan atau bekas makanan yang berwarna-warni untuk menambah kesannya.

Langkah 9

Pencuci mulut yang berasaskan susu seperti puding atau dadih adalah sangat sesuai. Untuk membuat ia lebih menarik, gunakan acuan untuk membentuknya menjadi seperti sebuah kereta atau seekor haiwan.

Apa yang anda perlu simpan di dapur?

Berikut adalah beberapa barangan penting yang dapat membantu anda menghias hidangan/pinggan anak anda:

  • Buku melukis
  • Penebuk kertas yang berbentuk
  • Pelbagai bentuk pemotong biskut/sandwic
  • Acuan
  • Pencucuk/pencungkil gigi

food-mould

Tips daripada Cik Samantha Lee, Juruhias Makanan

These are some essential items that can help you to decorate your child’s meals/plate:

  1. Hias dengan ringkas. Buah dan sayur mesti dihidangkan tanpa diubah. Kanak-kanak harus mengenali makanan yang dimakan dalam bentuk asalnya.
  2. Tanya anak anda apa kesukaannya. Bawa mereka bersama semasa membeli bahan makanan dan libatkan mereka di dapur. Contohnya, mereka boleh membantu memotong lobak menggunakan pemotong biskut atau menumbuk/menekan ciri sepasang muka daripada helaian rumpai laut.
  3. Pada dasarnya, semua jenis makanan boleh dihias. Anda hanya memerlukan imaginasi yang kreatif dan perancangan yang sempurna.
  4. Sentiasa simpan bekalan buah dan sayur yang berwarna warni di dalam peti sejuk anda.

Tips daripada Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia

Apabila menghias hidangan, pastikan sajian yang anda hidangkan adalah seimbang (mengandungi kesemua kumpulan makanan dalam Piramid Makanan) dan dalam sukatan yang sederhana.

Untuk mengetahui kuantiti yang perlu dihidangkan, bayangkan pinggan anda dibahagikan kepada 4 bahagian. Aturkan makanan di dalam pinggan mengikut sukatan seperti yang ditunjukkan di bawah:

bahagian-makanan

Jangan lupa untuk menggabungkan susu atau produk tenusu dalam sekurangkurangnya 2 hidangan utama.

Nota: Hidangkan pelbagai makanan kepada anak anda untuk memastikan dia mendapat pelbagai jenis nutrien yang berbeza daripada makanan yang berbeza untuk menyokong tumbesaran dan perkembangannya. Contohnya, jika anda menghidangkan ikan untuk makan tengahari, hidangkan ayam pula untuk makan malam. Jika dia mengambil kacang panjang pada makan tengahari, berikan dia bayam pada makan malam.

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen