Pengasuhan Positif

Pai Ikan Mini

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 5 orang)

  • 270 g (3 biji sederhana) ubi kentang
  • 240 g (1 cawan) filet ikan, dicincang
  • 30 g (2 sudu makan) mentega
  • 80 ml (1/3 cawan) susu
  • 60 g (1/2 cawan) keju Cheddar, diparut
  • 50 ml (1/5 cawan) stok sayuran buatan sendiri
  • 30 g (2 sudu makan) kacang pis
  • 25 g (1 biji) bawang besar, dicincang halus
  • 8 g (1 sudu makan) tepung mil penuh
  • 3 g (1 sudu makan) daun pasli, dicincang
  • 1 daun selasih
  • 1 biji telur, dipukul
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Didihkan air dalam periuk yang berisi sedikit garam dan rebus ubi kentang selama 15-20 minit. Keluarkan ubi kentang dan kupas kulitnya. Lecekkan dengan sedikit susu dan separuh mentega sehingga lembut.
  2. Cairkan separuh lagi mentega dalam periuk, masukkan bawang dan tumis sehingga garing. Masukkan tepung dan masak selama 30 minit dan kacau selalu. Tuangkan lebihan susu perlahan-lahan ke dalam mangkuk, diikuti stok sayuran. Didihkan dan biarkan selama 1 minit.
  3. Masukkan ikan, daun pasli dan daun selasih. Masak selama 3 minit kemudian masukkan kacang pis dan masak lagi selama 1 minit. Keluarkan daun selasih dan masukkan keju sehingga keju cair. Taburkan lada sulah dan garam secukup rasa.
  4. Tuangkan inti ikan tadi ke dalam mangkuk pembakar dan tutup dengan kentang lenyek. Sapukan dengan sedikit telur yang telah dipukul. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan selama 15 minit sehingga kuning keemasan.
  5. Hiaskan pai dengan sayur-sayuran.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori 198 kcal
Karbohidrat 12.7 g
Protein 14.5 g
Lemak 9.9 g

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen