Pengasuhan Positif

Berkongsi Tanggungjawab

Secara tradisinya, wanita memainkan peranan sebagai pengasuh manakala suami mencari nafkah untuk keluarga. Namun, masyarakat telah maju dan wanita kini adalah pemimpin dan bekerja secara profesional mengikut keiinginan mereka.

Perkahwinan kini digambarkan sebagai satu perkongsian di antara suami dan isteri. Tanggungjawab dan hal-hal rumah tangga tidak lagi menjadi milik seorang sahaja tetapi diuruskan dan dikongsi bersama-sama.

Manfaat daripada perkongsian tanggungjawab dalam hal rumah tangga

Terdapat banyak faedah apabila anda dan pasangan berkongsi tanggungjawab di rumah. Antaranya adalah:

  • Menghilangkan tekanan keluarga kerana kurangnya pergaduhan di rumah
  • Memberikan pasangan lebih banyak masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai kedua-dua pihak
  • Mengelak daripada stereotaip jantina (contohnya lelaki pergi bekerja dan wanita tinggal di rumah untuk menjaga anak-anak dan menguruskan kerjakerja rumah)
  • Memberikan pasangan peluang untuk mencapai keseimbangan yang saksama di rumah

17043503

Tahukah anda?

Satu kajian baru yang telah dilakukan oleh Universiti Missouri dan Universiti Utah State mendapati bahawa suami dan bapa yang membantu melakukan kerja-kerja rumah memiliki rumahtangga yang lebih bahagia. Perkahwinan akan lebih bahagia apabila pasangan bekerjasama terhadap tanggungjawab mereka tanpa mengira jenis kerja-kerja rumah yang dilakukan.

Berkongsi dan mengambil berat

Walaupun ramai pasangan akan bersetuju bahawa kerja-kerja rumah dan tanggungjawab mengasuh perlu dikongsi, tetapi tidak ramai pasangan yang menemui cara perkongsian yang berkesan. Berikut adalah beberapa tips bagaimana pasangan boleh menguruskan kerja-kerja rumah mereka dengan cekap dan berkesan:

16561597

  1. Menentukan siapa buat apa.Akan sentiasa ada bil-bil untuk dibayar, pinggan mangkuk untuk dicuci, pakaian kotor untuk dibasuh dan anak-anak untuk diawasi di rumah. Menentukan apa yang perlu dilakukan dan siapa yang melakukan apa akan membantu pasangan mendapatkan gambaran yang lebih jelas terhadap pengagihan bebanan kerja. Buatkan jadual tugasan jika perlu. Ini akan membantu anda mengagih tanggungjawab dengan sama rata dan juga untuk merancang jadual harian dengan lebih baik. Jika anda sentiasa mencuci pinggan mangkuk manakala pasangan anda pula membasuh pakaian mungkin anda boleh menukar tanggungjawab ini sekali-sekala.
  2. Jangan amalkan pembahagian 50/50.Terlalu berkira dalam membahagikan kerja-kerja anda akan menjadikan hubungan perkahwinan anda lebih kepada hubungan perniagaan daripada hubungan yang intim. Menurut kajian terbaru di Norway, pasangan yang menggunakan pendekatan 50/50 ini lebih cenderung untuk berakhir dengan perceraian. Maka, elakkan daripada menyimpan skor pada kerja-kerja rumah anda. Sebaliknya, bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan. Sebagai contoh, jika dapur perlu dibersihkan, anda boleh bermula dengan almari manakala pasangan anda mengelap lantai.
  3. Bergilir-gilir menjaga anak anda.Jika anda mempunyai bayi, menjaga mereka adalah satu cabaran yang berterusan. Ramai pasangan boleh menjadi letih dan kecewa kesan daripada menjaga bayi mereka yang tidak berkesudahan. Sediakan satu jadual yang akan membolehkan anda dan pasangan untuk berehat dan menjaga bayi anda. Jika anda sedang menyusukan anak, pasangan anda mungkin boleh menguruskan pertukaran lampin pada waktu malam. Jika anda menggunakan botol susu, anda berdua boleh bergilir-gilir menyusukan bayi anda.
  4. Kekal bersatu.Kehadiran kanak-kanak di rumah anda boleh mewujudkan konflik antara anda dan pasangan. Kerana anda membesar dalam persekitaran yang berbeza, anda pasti mempunyai penerapan nilai, jangkaan dan kaedah disiplin yang berbeza dalam pengasuhan. Walau bagaimanapun, apabila melibatkan anak anda, mereka perlu melihat bahawa kedua-dua ibu bapa mereka bersatu. Ini boleh dilakukan dengan belajar bagaimana untuk mencapai kata sepakat terhadap pengasuhan, disiplin dan membesarkan anak serta mengeluarkan satu pelan yang dipersetujui dan diikuti oleh anda berdua.
  5. Bersedia terhadap perubahan.Seperti ujian dan dugaan dalam kehidupan, ingatlah bahawa tiada apa yang pernah kekal. Jika jadual tugasan anda tidak menjadi seperti yang diharapkan, bersedialah untuk melakukan perubahan yang perlu untuk disesuaikan dengan kesibukan jadual anda. Jangan berputus asa dengan rintangan ini. Sebaliknya, gunakannya sebagai asas untuk menilai apa yang berkesan atau tidak dan memperbaiki jadual anda secara berperingkat.
  6. Pasangkan muzik.Sama ada anda sedang menyapu lantai atau memvakum atau mengajar anak-anak anda memasak, sedikit muzik akan sentiasa membantu untuk menaikkan mood. Mendengar muzik juga akan mengurangkan tekanan dan kegelisahan. Maka, pasanglah muzik semasa anda melakukan kerja-kerja anda.
  7. Amalkan tabiat untuk berterima kasih antara satu sama lain.Pernah dengar pepatah, “ Sikitsikit, lama-lama jadi bukit?” Ucapan “terima kasih” yang ringkas boleh menyatakan rasa terhutang budi dan penghargaan anda terhadap pasangan anda. Menghargai kerja keras mereka dalam menjaga urusan rumah tangga mungkin akan menghasilkan tingkah laku yang berkekalan dalam jangka masa panjang. Ini akan memudahkan pelayaran dalam menempuhi bebanan yang tidak berkesudahan dalam kerja-kerja rumah.

Membuang tabiat lama dan mengagihkan semula bebanan kerja di rumah memerlukan komitmen dan sering melibatkan banyak percubaan. Tetapi usaha yang anda berikan dalam perkongsian tanggungjawab dengan pasangan anda akan membentuk hubungan di mana anda berdua akan merasa seperti rakan seperjuangan.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen