Pengasuhan Positif

Penjagaan Oral untuk Kanak-kanak

Kebersihan mulut adalah satu komponen asas kesihatan pergigian sepanjang hayat anak anda. Kebersihan oral yang tidak baik boleh menyebabkan anak anda mengalami jangkitan, kesakitan dan ketidakselesaan, kesukaran makan dan masalah pertuturan. Anda boleh memainkan peranan utama dalam memupuk tabiat rutin penjagaan pergigian yang baik dalam tahun-tahun awal kehidupan anak anda untuk mengelakkan masalah kesihatan oral.

Bacalah tentang soalan yang paling biasa ditanyakan dan jawapannya tentang penjagaan oral kanak-kanak:

Apakah cara terbaik untuk memberus gigi anak anda?

Bagi bayi, anda boleh mengelap gusinya secara perlahan dengan kain lembut atau kain kasa dan air walaupun sebelum gigi pertamanya tumbuh. Tabiat ini dapat membersihkan permukaan gusi dan melegakan kesakitan apabila gigi bayi anda tumbuh. Selepas gigi pertamanya tumbuh, lapkannya dengan kain basah yang kecil untuk mengeluarkan sisa makanan. Pada masa anak anda mempunyai gigi tambahan, anda boleh membantu memberus giginya dengan menggunakan berus gigi kanak-kanak yang lembut dan air. Adalah tidak dinasihatkan untuk menggunakan ubat gigi kepada kanak-kanak bawah dua tahun kerana mereka tidak mampu meludahkannya selepas memberus gig

Ia adalah disyorkan untuk memberus gigi dua kali sehari (waktu pagi dan sebelum tidur) dengan memberus permukaan dalam dan luar, permukaan mengunyah serta lidah secara perlahan. Selain itu, flos gigi harus dilakukan selepas memberus gigi untuk mengeluarkan sisa makanan dicelah gigi. Namun, dapatkan nasihat daripada doktor gigi tentang teknik memflos gigi yang betul.

Bilakah anda harus membenarkan anda anda memberus giginya sendiri?

Umur yang paling sesuai bagi kanak-kanak mula belajar memberus giginya sendiri adalah sekitar dua atau tiga tahun. Biarkan anak anda memberus giginya sendiri apabila dia sudah bersedia. Ia adalah disyorkan bahawa anda memberus gigi bersama-sama dengannya supaya anak anda menguasai teknik memberus dengan memerhatikan anda. Untuk memastikan anak anda belajar teknik yang betul, jadualkan pemeriksaan pergigian untuk pembelajaran profesional tentang penjagaan oral.

Apakah masalah yang biasa dihadapi oleh ibu bapa semasa penjagaan oral anak?

Kebiasaannya, karies awal dalam kalangan kanak-kanak disebabkan oleh penggunaan botol susu atau permintaan keperluan penyusuan yang tidak wajar. Pada peringkat awal, ia tidak mudah dikesan kerana kebiasaannya ia wujud di sekeliling bahagian atas gigi depan atas dan kelihatan seperti warna keputih-putihan/kekuningan; ia boleh dianggap sebagai sisa-sisa susu atau makanan.

Memandangkan kanakkanak tiada kemahiran untuk mengeluarkan plak di kawasan ini, anda harus menggunakan kaedah “Angkat bibir” approach to check on occasion. untuk memeriksa sekali-sekala. Dengan mengangkat bibir anak anda, anda boleh melihat sama ada sisa-sisa susu telah diberus, atau mengesan bintik putih/kuning tersebut.

Adakah makanan atau tabiat tertentu lebih cenderung untuk menyebabkan kerosakan gigi?

Kerosakan gigi boleh berlaku apabila anda membiarkan anak anda tidur dengan sebotol jus atau susu dalam mulutnya atau selalu membiarkan anak anda meminum jus buah-buahan atau minuman manis dari cawan yang boleh dihirup.

Minuman yang bergula dan manis serta makanan yang berkanji atau melekit akan melekat pada gigi anak anda dan membekalkan makanan untuk bakteria yang tinggal dalam mulut. Bakteria tersebut akan menghasilkan asid yang boleh menyebabkan kerosakan gigi. Jika tidak diperiksa, penyakit pergigian boleh menjejaskan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak, serta boleh menjejaskan pertuturannya. Oleh itu, minuman manis (termasuk jus buah-buahan segar) dan makanan berkanji harus dihadkan kepada waktu makan sahaja.

Apakah yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan anak anda untuk memberus/ memflos giginya?

Gunakan kreativiti untuk menjadikan ia lebih menyeronokkan. Biarkan anak anda memilih berus gigi dan ubat giginya sendiri. Anda boleh mencipta lagu memberus gigi atau menjadikan tabiat ini sebagai aktiviti keluarga dengan memberus gigi bersama-sama pada setiap pagi atau sebelum tidur..

Adakah puting dan tabiat menghisap ibu jari merosakkan gigi anak anda?

Penggunaan puting dan tabiat menghisap ibu jari atau jari boleh menyebabkan masalah pertumbuhan mulut dan rahang dalam jangka masa panjang. Tabiat-tabiat ini boleh menjejaskan penjajaran gigi atas dan bawah (gigitan terbuka) dan bentuk mulut serta kedudukan gigi.

Penggunaan puting adalah baik ditinggalkan menjelang usia dua tahun. Dapatkan penilaian profesional jika anak anda yang lebih tua menghadapi kesukaran untuk membuang tabiat tersebut.

Adakah ubat-ubatan tertentu meningkatkan risiko kerosakan gigi pada anak anda?

Sesetengah ubat untuk merawat penyakit kronik seperti asma, boleh menyumbang kepada kerosakan gigi kanak-kanak. Ini adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kehadiran sukrosa (gula) yang digunakan sebagai bahan asas untuk membuatkan ubat lebih sedap rasanya. Antibiotik dan sesetengah ubat asma boleh menyebabkan pertumbuhan Candida (yis) yang terlalu banyak dimana ia boleh mengakibatkan seriawan (jangkitan kulat). Rujuk kepada doktor pergigian anak anda tentang rutin penjagaan pergigian yang betul jika anak anda sedang mengambil ubat untuk penyakit kronik.

Bilakah anda harus membawa anak anda untuk pemeriksaan giginya yang pertama?

Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama anak anda tumbuh atau tidak lewat daripada umur satu tahun. Ikutilah nasihat doktor gigi anda untuk pemeriksaan susulan dan teknik penjagaan pergigian yang betul.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen