Pengasuhan Positif

Menjaga Keselamatan Makanan Demi Kesihatan

Dalam dunia ideal, kita sepatutnya mengambil makanan yang selamat, sihat, dan bebas daripada pencemaran kimia dan organisma yang mengancam kesihatan. Tetapi dalam realiti, keselamatan makanan kerap dipersoalkan dan menjadi isu kesihatan yang semakin membimbangkan.

Penyakit yang dibawa oleh makanan, atau dalam lain perkataan ‘keracunan makanan’, menular di merata dunia, termasuk negara maju. Berjuta-juta orang jatuh sakit dan ramai yang mati setiap tahun disebabkan pengambilan makanan dan air yang tercemar. Kira-kira dua pertiga daripada semua penyakit bawaan makanan berpunca daripada bakteria, dan selebihnya disebabkan oleh virus, parasit, fungi dan kimia.

Pada zaman sekarang, kita lebih terdedah kepada bahaya kesihatan yang dibawa oleh makanan. Sebahagian ini disebabkan oleh gaya hidup bandar yang kita amalkan. Di Malaysia, wabak taun, demam kepialu atau tifoid dan disenteri terus berlaku dari masa ke masa, dan umumnya bilangan kes keracunan makanan semakin meningkat.

Baca artikel penuh:

Download PDF

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen