Pengasuhan Positif

Memberus Gigi

Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mengalami masalah nafas berbau, sakit gigi dan gusi sekiranya mereka tidak menjaga dengan betul. Mulakan semasa mereka masih kecil dan tunjukkan contoh yang baik. Anda boleh bermain permainan membersih gigi bersama doktor gigi untuk memupuk tabiat memberus gigi pada peringkat awal.

MEMBERSIHKAN GIGI DAN GUSI BAYI

Bersihkan gusi bayi setiap hari walaupun giginya belum tumbuh. Basahkan sapu tangan atau kain lap yang bersih, balut pada jari anda dan lapkannya perlahan-lahan pada gusi bayi. Pada usia 7 bulan, giginya akan mula tumbuh. Perkenalkannya berus gigi kanak-kanak yang lembut. Gunakan sedikit ubat gigi florida, kira-kira saiz kecil kacang pis. Berhati-hati dengan ubat gigi kanak-kanak kerana ada jenama yang mengandungi gula.

MEMBERUS GIGI BAYI

Berus gigi bayi anda selagi dia membenarkannya. Dia mungkin mahu memberus giginya sendiri apabila mencecah umur 2 tahun. Ajar anak anda dengan berdiri di belakangnya di hadapan cermin. Tunjukkan cara pergerakan yang betul untuk memberus dengan memegang tangannya. Pastikan dia tidak menelan ubat gigi itu. Biarkan dia berkumur dan berludah. Aktiviti yang menyeronokkan ini dapat membantunya memupuk tabiat suka memberus gig

BAGAIMANA MEMBERUS DENGAN BETUL

  • Gigi atas – Berus gigi ke bawah dan menjauhi gusi. Pastikan berus gigi anak anda sampai ke bahagian atas gigi belakangnya.
  • Gigi bawah – berus gigi ke atas dan menjauhi gusi. Pastikan berus gigi anak anda sampai kebahagian bawah gigi belakangnya.
  • Permukaan gigi kacip – Berus semua permukaan gigi tersebut.
  • Gusi – Berus bahagian atas dan bawah gusi dalam gerakan membulat. Pastikan bahagian dalam dan luar gusi juga diberus.
MENCEGAH KEROSAKAN GIGI
  • Berus gigi anak anda setiap hari, paling baik selepas sarapan pagi dan sebelum tidur.
  • Bawanya berjumpa doktor gigi buat pertama kali ketika usianya 12 bulan. Pada usia 2 tahun setengah, dia sepatutnya menjalani pemeriksaan setiap 6 bulan.
  • Hadkan makanan ringan 3 hingga 4 kali sehari. Elakkan gula-gula dan minuman manis.
  • Elakkannya tidur bersama botol susu.
  • Jadi contoh terbaik dengan membiarkannya melihat anda memberus gigi dan flos.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen