Pengasuhan Positif

Hari Sekolah Bermula Malam Ini

Pada suatu ketika dahulu, makanan segera merupakan suatu kemewahan yang hanya dinikmati semasa waktu-waktu istimewa. Walau bagaimanapun, gaya hidup yang semakin sibuk dan harga makanan segera yang mampu dibeli oleh ibu bapa menjadikannya sebagai pilihan hidangan cepat untuk keluarga mereka. Statistik terkini menunjukkan kekerapan kanak-kanak memakan makanan segera sekurang-kurangnya sekali seminggu telah meningkat daripada 35.4% dalam 2001/02 kepada 56.6% dalam 2007/08 – peningkatan sebanyak 21.2% dalam hanya 6 tahun!

Tinggi Segala-galanya!

Apa yang lebih membimbangkan daripada statistik di atas adalah akibat buruk daripada pengambilan makanan segera yang berlebihan oleh kanak-kanak.

  • Makanan segera adalah sangat tinggi dalam kalori dan lemak – pengambilan yang banyak ini mungkin menjadi punca peningkatan masalah obesiti di kalangan kanakkanak.
  • Kanak-kanak yang berat badan berlebihan berisiko mendapat tekanan darah tinggi yang boleh membawa kepada penyakit jantung manakala lemak terkumpul di dalam arteri pula akan membawa kepada masalah kolesterol tinggi.
  • Minuman berkarbonat dan makanan segera bergula lain mengandungi gula berlebihan. Pengambilan gula berlebihan mengurangkan kepekaan tubuh terhadap insulin, mengakibatkan diabetes Jenis II di golongan kanak-kanak.

It is advisable for parents to monitor and limit the consumption of fast food in their children. With few changes in the way the food selection is made, you can help your child obtain a healthier and more nutritious meal from fast food.

Pilihan yang Lebih Sihat

Apa: Minuman ringan/berkarbonat.
Mengapa: Kandungan gula yang tinggi dan kalori kosong.
Bagaimana: Sesetengah restoran membenarkan anda menukar minuman dalam set hidangan anda dengan percuma atau sedikit bayaran. Jadi, gantikan minuman karbonat dengan air kosong, jus segar, minuman malt atau minuman kacang soya. Kos tambahannya tidak seberapa jika dibandingkan dengan kebaikan kesihatan yang anda perolehi!

Apa: Penambah rasa kepada makanan anda (seperti garam, sos, sapuan, keju, mayones).
Mengapa: Pengambilan garam dan lemak meningkat, yang mengakibatkan masalah tekanan darah tinggi dan obesiti.
Bagaimana: Jangan biarkan anak anda menambah lebih sos tomato atau cili ke dalam makanan mereka. Anda juga boleh minta untuk makanan disediakan khas (seperti mengurangkan mayones untuk burger anda) semasa membuat pesanan. Untuk salad pula, pilihlah cuka atau minyak zaitun yang lebih sihat daripada sos salad.

Apa: Makanan panggang atau makanan goreng.
Mengapa: Makanan goreng mengandungi lemak dan kalori yang lebih tinggi.
Bagaimana: Kurangkan memberi anak anda makanan bergoreng seperti char kuey teow atau ayam goreng. Sebaliknya, pilihlah makanan yang dipanggang atau dibakar. Makanan kukus atau rebus juga merupakan pilihan yang lebih sihat kerana mengandungi kurang lemak dan kalori.

Apa: Pastikan saiz hidangan yang kecil.
Mengapa: Kanak-kanak perlukan nutrien dan kalori yang sedikit berbanding orang dewasa
Bagaimana: Banyak restoran makanan segera mempunyai set hidangan besar, yang sesuai untuk orang dewasa. Pesanlah set untuk kanak-kanak apabila memesan untuk anak anda atau kongsi set hidangan orang dewasa bersama anak anda. Ini akan mencegah terlebih makan.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen