Pengasuhan Positif

Peranan Protein!

Sebelum ini anda mungkin sering kali mendengar bahawa protein adalah nutrien yang penting dan bermanfaat untuk kesihatan anak anda. Namun, tahukah anda bagaimana ia membantu pertumbuhan dan perkembangan?

Sebelum ini anda mungkin sering kali mendengar bahawa protein adalah nutrien yang penting dan bermanfaat untuk kesihatan anak anda. Namun, tahukah anda bagaimana ia membantu pertumbuhan dan perkembangan?

Apakah peranannya?

Apabila tubuh badan anak anda sedang membesar, memperbaiki (memulih) atau menggantikan tisu, protein sedang menjalankan fungsinya. Protein juga Apabila tubuh badan anak anda sedang membesar, memperbaiki (memulih) atau menggantikan tisu, protein sedang menjalankan fungsinya. Protein juga

  • Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
  • Mengawal proses badan (sesetengah hormon, tetapi bukan semuanya, adalah protein).
  • Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
  • Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
  • Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.

Terlalu sedikit atau terlalu banyak

Apabila kanak-kanak kekurangan protein, tenaga atau keduaduanya, kesannya adalah malnutrisi protein-tenaga (PEM). Kesan kekurangan protein yang paling nyata adalah penyusutan tisu otot dan kehilangan berat badan. Penurunan paras protein serum dan perubahan hormon boleh menyebabkan edema (pengumpulan cecair yang berlebihan dalam tisu badan) dan pengurangan penghasilan antibodi mengakibatkan kanak-kanak yang dijangkiti lebih mudah terdedah kepada jangkitan.

Di sebaliknya, dengan adanya banyak makanan yang kaya dengan protein di Malaysia, wujud juga masalah pengambilan berlebihan protein. Kajian yang dijalankan telah mencadangkan bahawa diet yang tinggi protein tidak membawakan sebarang manfaat dan mungkin mendatangkan risiko masalah kesihatan seperti penyakit jantung, osteoporosis, obesiti atau batu karang dalam buah pinggang. Sebagai contoh, protein yang berlebihan akan ditukarkan kepada lemak badan, dan protein yang berlebihan juga boleh membebani buah pinggang. Pengambilan protein yang berlebihan juga boleh menyebabkan paras kolesterol darah yang tinggi kerana sesetengah makanan yang kaya dengan protein juga tinggi dalam lemak tepu – potongan daging lembu berlemak, kambing, sosej, khinzir, salami, itik dan organ seperti buah pinggang dan hati.

Fakta:
Protein terdiri daripada rantaian panjang asid amino, yang merupakan komponen asas protein. Badan manusia mengandungi kira-kira 100,000 jenis protein yang berbeza.

Sumber protein

Memandangkan protein adalah penting untuk anak anda dan pelbagai masalah yang boleh berlaku akibat kekurangan protein atau pengambilan protein yang berlebihan, Panduan Diet Malaysia telah mengesyorkan bahawa anda:

  1. Berikan anak anda ikan dengan lebih kerap, setiap hari jika boleh. Untuk mencapai matlamat ini, berikan anak anda satu hidangan ikan sehari. Kurangkan pengambilan kerangkerangan berbanding dengan ikan.
  2. Tingkatkan pengambilan susu dan produk tenusu anak anda. Tambahkan susu yang kurang gula dalam oat dan bijirin anak anda. Yogurt dan keju juga merupakan sumber produk tenusu yang baik.
  3. Berikan anak anda daging, ayam dan telur secara sederhana. Pilih pelbagai jenis daging dan gunakan kaedah yang berlainan untuk memasak hidangan ini. Berikan anak anda makan telur dalam jumlah yang sederhana, sebanyak sebiji telur sehari secara puratanya (satu biji atau dalam masakan). Elakkan daripada memberi telur putih kepada anak anda yang berumur 1 tahun atau ke bawah.
  4. Amalkan cara memasak yang lebih sihat untuk ikan, daging, ayam dan telur. Kaedah memasak yang disyorkan termasuk mengukus, merebus, merenih, memanggang dan membakar. Lebihkan mengguna herba, rempah, dan limau nipis atau lemon untuk menambah perisa kepada hidangan ini daripada menggunakan garam atau sos pekat.
  5. Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol. Kurangkan pengambilan lemak tepu dengan memilih potongan daging dan ayam tanpa lemak. Buang kulit ayam dan lemak daging yang boleh kelihatan sebelum memasak.
  6. Berikan anak anda kekacang setiap hari dan tambah kacang dan bijian dalam dietnya setiap minggu. Pilih pelbagai jenis kekacang dan kacang dal serta produknya seperti tempeh dan tofu untuk menyediakan makanan. Tambahkan kekacang (kacang pea, kacang atau lentil) dalam sup dan hidangan anak anda. Tambahkan kacang sebagai snek atau dalam hidangan utama, seperti dalam sayuran tumis.

Berapa banyak protein yang mereka perlukan?

Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI), jumlah pengambilan protein yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur di antara 1 hingga 6 tahun ialah 17 – 23 gram setiap hari. Kanak-kanak di antara umur 7 hingga 12 tahun memerlukan kira-kira 32 – 46 gram protein setiap hari.

Berikut adalah contoh bagaimana anda boleh membantu anakanak anda yang berumur di antara 1 – 6 tahun untuk memenuhi pengambilan protein yang disyorkan dalam hidangan harian mereka.

  • Untuk sarapan pagi, hidangkan 1 biji telur hancur dengan roti bakar.
  • Untuk makan tengah hari, hidangkan 1/2 keping ikan tenggiri dengan nasi dan sayur campur.
  • Untuk waktu minum teh atau snek, hidangkan 1 cawan susu dengan biskut.
  • Untuk makan malam, hidangkan 1/2 ketul paha ayam dengan mi yang ditumis reneh dan sayur campur.

Anda boleh menggantikan hidangan yang tersebut di atas dengan sumber makanan protein yang lain seperti tofu, yogurt, keju, daging, susu soya, kacang kuda atau lentil (kacang dal).

*Kanak-kanak berumur 7 tahun dan ke atas boleh mengambil dua kali ganda jumlah yang disebut di atas dalam sehari; sebagai contohnya, dia boleh mengambil sekeping ikan tenggiri dan satu ketul ayam paha. Anda juga boleh memberi anak anda 1 cawan susu pada waktu pagi dan satu cawan lagi pada waktu minum teh atau waktu malam.

Keseimbangan adalah kuncinya!

Walaupun protein adalah sangat penting dalam diet anak anda, anda perlu ingat bahawa keseimbangan nutrien (contohnya karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan protein) adalah penting untuk semua orang, terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Untuk membina kekuatan, sel otot anak anda memerlukan aktiviti fizikal dan kesemua nutrien yang penting. Jika terlalu mengutamakan protein, anda mungkin tertinggal makanan dan nutrien lain yang juga sama penting.

Terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam apa-apa jua perkara adalah tidak baik. Amalkan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam menyediakan makanan untuk anak anda bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang baik untuk anak anda, dan bagi mencegah penyakit pada diri anak anda sekarang dan juga di sepanjang hayatnya bila dewasa nanti.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen