Mungkin ada masanya anda akan rasa rakan-rakan anak anda mendesaknya untuk berkelakuan dan berfikir dalam cara merbahaya atau tidak diterima. Tekanan rakan sebaya sesuatu yang lazim di kalangan rakanrakan dan akan menjadi lebih kuat semasa zaman remaja.
Mungkin gerak hati anda ingin meminta anak anda berhenti menghabiskan masa bersama rakan yang menjadi ‘pengaruh tidak baik’. Namun ia bukan strategi terbaik kerana ia boleh menimbulkan reaksi bertentangan yang membawa kepada rintangan tidak diingini. Penyelesaian yang lebih baik adalah untuk melatih anak anda berfikir sendiri untuk menahan diri daripada tekanan rakan sebaya negatif itu.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk memperkukuh keyakinan dan keberanian moral anak anda.
- Ajar mereka berfikir sendiri apa yang betul. Daripada ‘memberitahu’ anak anda tentang apa yang betul dan salah, cuba ajar mereka untuk berfikir serta memahami sendiri. Apabila mereka betul-betul faham tentang kepentingan nilai seperti kejujuran, kebaikan hati dan rasa hormat, barulah tidak sukar bagi mereka untuk mengalah terhadap tekanan rakan sebaya kerana nilai-nilai murni ini terbatin dalam diri mereka. Kita tidak boleh mengharap anak-anak kita mampu menahani desakan tekanan rakan sebaya jika mereka tidak digalakkan untuk bertanya dan berbincang tentang isu-isu moral.
- Tunjuk teladan baik. Ibu bapa perlu tunjukkan bahawa mereka juga mempunyai keberanian moral untuk tidak bersetuju dan katakan “tidak” apabila rakan-rakan atau saudara-mara cuba mendesak untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaan kita. Ini akan menguatkan naluri untuk melakukan apa yang kita rasa betul dan bukannya mengikut mata orang lain serta mempunyai keberanian untuk mempertahankan pandangan sendiri.
- Meningkatkan harga dan keyakinan diri. Kanak-kanak yang sentiasa rasa ragu diri dan tidak yakin pada diri sendiri lebih mudah mengalah kepada tekanan rakan sebaya. Kita boleh membina harga diri mereka dengan mengingatkan nilai mereka sebagai seorang individu tidak bergantung pada kepopularan mereka di kalangan kawan-kawan tetapi dibina atas kualiti unik mereka sebagai manusia dan kasih sayang serta penerimaan yang tidak terhingga oleh ibu bapa.
- Ajar kemahiran-kemahiran sifat asertif. Ramai kanak-kanak mengalah kepada tekanan rakan sebaya kerana tidak tahu cara berkata “tidak” kepada rakan mereka. Mereka tidak dapat berlatih menyuarakan sebarang percanggahan pendapat. Ibu bapa boleh mengadakan sesi-sesi main peranan di rumah mereka di mana kanak-kanak berlatih cara untuk menyatakan tidak apabila menghadapi tekanan rakan sebaya yang merosakkan.
Pengaruh Yang Tidak Diingini |
---|
Apa yang perlu anda lakukan apabila anak anda mula mengikut tabiat yang tidak diingini.
|
Komen